Jalan-jalan makan angin! ~ Universal Studio Singapore Part 1

jalan yang sesak menuju ke Sentosa Island
Last week masa cuti hari Hol Sultan Johor aku pergi cuti-cuti Malaysia Singapore! yess pegi tempat yang telah banyak orang ckp iaitu UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)! Aku pegi ikut travel agent. Pada sesiapa nak pergi USS aku nasihatkan ikut travel agent lagi senang. Kat JB nih berlambak2 travel agent tawarkan pakej g USS nih. Aku perg ikut Rajawali Bintang Travel. Kalau pegi weekdays lagi murah pakej yang aku amik iaitu RM188.00 naik bas pegi balik, dapat baucer S$5 utk meal dan S$5 utk souvenir. 

Tapi pukul 6.45 pagi dah kena berkumpul kat Tune Hotel Johor Bahru. Kena bertolak awal sebab jalan jem kat tambak. Itupun sampai kat Universal Studio dah pukul 10 lebih. Kalau g Melaka da sampai.

Pintu masuk ke Universal Studio Singapore

Sebab ianya jenama 'Universal Studio' membuatkan aku sgt 'excited' nak g sana walaupun hanya kat Singapore yg jaraknya 'sekangkang kera' dari JB. Aku belum mampu nak pegi Universal Studio kat LA yg mana abg aku ckp lagi best sbb dia betul2 real set filem2 hollywood n kalau nasib ada baik boleh tgk org shooting filem.


Gambar kat atas nih entry and exit USS. Nih lah Hollywood street. Kat sini ada deretan kedai souvenir n restoran. Restoran tuh plak ada yg halal n xhalal. Kena tgk lah n kat pintu restoran tuh ada tampal halal. Toilet USS pun ok. Mula2 aku igtkan tak ada hos air. Yelah aku xsanggup nak pakai tisu basah rupa-rupanya ada toilet yg ada hos air. Seigt aku masa dulu2 toilet KLCC xda hos air (tapi tak tau lah skrg). Dan yg paling best kat USS nih ada sediakan ruang untuk bersolat. Tempat tuh terletak dekat dgn entry USS.


First taman adalah Madagascar. Kat sini ada carousel untuk budak2 dan juga orang tua. Ada juga tempat makan dan kedai jual cenderamata which is kat every taman pun ada menda2 tuh. Ada boat ride tapi kat pamphlet tulih 'coming soon'. well mesti seronok cos aku ske boat2 ride nih.



Lepas Madagascar pergi plak ke Istana Puteri Fiona or Far Far Away. Kat sini best sebab ada show Shrek 4D. Kalau scene naik kereta kuda kerusi tuh pun ikut mcm kereta kuda. mmg best kat sini. Pastu ada Donkey Live - yang nih plak sing along dgn donkey ekekek. Ada ferris wheel n enchanted airways iaitu roller coster. aku xnaik sbb takut pening kepala. tapi akak aku kata besttt


Lepas Far Far Away pegi plak ke Jurassic Park or Lost World. Kat sini best ada boat ride yg telah membuatkan seluar aku basah mcm org terkencing dalam seluar! Kat sini gak ada roller coster utk kanak-kanak mcm car ride lah tapi adventure sikit,.


Waterworld plak ada live show byk stunts pastu ada meletup2 n melompat2 n kill2 n die2 (hihihi memain jer yg last2 tuh). Kalau g tgk show nih jgn lah duduk kat area bawah sbb xpasal2 jer stuntman2 tuh simbah ngan air. kalau terasa nak kena simbah air duduk ler kat bawah or pakai jer baju plastik masa beli utk naik boat ride kat lost world tadi.


sambung nanti jer lah ek. sbb ada keje nak kena siapkan hehehe. cafe aku makanan da masak. nanti sambung part 2 jalan2 makan angin aku! hihihi

Comments

  1. amik pakej kat Rajawali Bintang Travel JB

    ReplyDelete
  2. Bole mintak contact number travel agent yg awak gune tu?

    ReplyDelete
  3. rajawali - 07- 2235989 / 07- 2212028

    ReplyDelete
  4. nk tnya, yg live show tu pukul brp ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa last saya pegi sini awal tahun haritu tak silap ada pukul 12.30 & 3.30. yang pagi tak perasan pukul berapa sbb tak pernah tgk stunt nih pagi2

      Delete
  5. nk tnya sket.. live show yg stunt2 tu pukul brp ek?

    ReplyDelete
  6. Exclusive information.. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih