Hari Minggu
Sekarang nih korang rasa tak mcm cepat jer masa berlalu. Tiba2 jer da tiba hari ahad balik. Aku tak berapa suka hari ahad sebab hari ahad mengingatkan aku kepada hari isnin. Bila aku da ingat hari isnin aku akan ingat kerja2 yang berlambak2 atas meja aku. Bila aku teringat kerja2 yang berlambak2 tuh aku akan teringat muka client2 n bos aku yg tgh marah kat aku sbb kerja yang masih terbengkalai! Macam sekarang nih aku da teringat esok sbb da seminggu aku + opismate2 + ladyboss (dia yg terlebih mengulor) ber'honeymoon' dengan ketiadaan big boss aku yg pergi bercuti ke overseas. Uwaaaa
Berbalik pada cerita hari minggu nih yang aku sukaaaa sgt hari ahad atau hari minggu nih ialah aku leh lepak2, baring2, makan2 n tgk tv + membesarkan badan kat rumah. Aku tak berapa suka keluar bershopping or jenjalan hari ahad. Pada pendapat aku hari minggu yang perfect adalah 100% spend masa duduk rumah. Nak bershopping or jenjalan or tgk wayang ker or apa2 urusan semua dibuat hari sabtu. Hari sabtu takpe penat2 sbb hari ahad boleh relax tapi kalau hari ahad penat2 takkan nak relax hari senin plak? lagipun aku bukan suka sgt keluar2 jalan2 nih heheh aku lebih suka duduk rumah sbbnya dari hari isnin - sabtu aku keluar so hari minggu mmg hari duduk rumah + tgk movie kat hbo or star movies. Hari ahad aku cuma keluar pagi2 pergi pasar tani cari ayam n telur (aku mmg xbeli tmpt lain 2 benda nih mesti kat pasar tani jer sbb FRESH), sayur2 kampung n tak lupa juga jagung manis 1 beg plastik rm5 serta paper untuk sarapan minda.
Ngape? bosan ek life aku? tapi aku tak bosan sbb dah nak dekat 32 tahun aku hidup macamnih. Sebab mmg tak diamalkan masa kecik2 lagi. Kalau dulu masih arwah bapak aku belum pencen hari ahad tuh adalah dia bawak kitaorg g mandi-manda kat pantai lido + makan rojak petis n aiskrim lepas mandi2 (uwaaa rindunya kat zaman tuh pantai lido pun da takde da tgh buat highway) tapi bila dia da pencen da tak keluar2 mcm dulu sbb arwah bapak aku bukak kedai runcit yang hari operasinya adalah dari hari isnin - ahad dari jam 7 pagi hingga 10 malam. So aku mmg da lali hidup macamnih.
Lagipun cuba bayangkan tiap2 hari isnin - jumaat kena bawak 40km sehari + jem + bawak kereta manual (ada satu hari tuh 80km sbb tertinggal barang kat opis atau mengalami 'pendarahan' luar biasa) mesti korg pun tak kuasa nak keluar hari minggu kan? heheheh
Apa-apa pun aku pasrah rumah aku jauh daripada tempat kerja!
bersantai di hujung minggu dgn budak kecik nih! |
Comments
Post a Comment