Monday, April 18, 2011

Ya Allah, kuatkanlah iman hamba-Mu ini

Hari ni aku start puasa balik setelah berehat 10 hari. Aku nih kalau puasa, mula lah otak aku dok memikir pasal makanan jer masa nak buka puasa. Teruk kan aku?? camner nak ilangkan selera makan nih ek?? payah2. Hari nih mmg aku sedikit letih tak mcm minggu pertama aku puasa sgt bertenaga. Skrg nih dah tak larat jer. Nak tgk keje2 aku pun malas. 

Untuk buka puasa hari nih aku wish sgt aku dapat buka dengan:-

1. Bihun Goreng


Bihun goreng mmg favorite aku. Aku kalau makan bihun goreng hari2 pun takpe. tak kisah. antara bihun goreng yang berkesan dalam hidup aku adalah bihun goreng yang mak aku goreng or kakak aku goreng. Kalau beli plak bihun goreng Restoran Osman Larkin Perdana (yg nih mmg champion! cuba beli bihun goreng putih mmg terangkat), bihun goreng Restoran Yusal Larkin Perdana (jual pagi2 breakfast pun sedap + dgn sambal tumis dia *drools*) dan satu lagi bihun goreng kat Pasar Tani Taman Sri Pulai (gerai makcik jual nasi dagang + kerabu). Aku nih susah sikit nak beli yang bihun yang da siap goreng sbb pernah terkena aku beli takda rasa apa2. Takat nih 3 tempat tuh mmg sedap bihun goreng dia.

2. Lempeng + Sambal Tumis

 
Lempeng plak mmg makanan kegemaran aku. Nak2 kalau dicecah dengan sambal tumis, takpun kari ker, gulai ker even kalau cecah dengan ayam masak kicap pun aku dah bahagia heheh. Kalau bulan puasa, mak aku selalu buat lempeng cecah dengan sardin (ahhh sudah perut aku da berbunyi) takpun dengan kari. Makanan yang paling ringkas dan senang nak mudah di masak.

Alangkah bahagianya kalau permintaan aku dimakbulkan. Yang aku nak sgt makan tuh lempeng. Tapi mmg jauh sekali ler aku nak dpt kalau aku tak dapat gak makan lempeng minggu nih igt ujung minggu nih aku nak masak lempeng + sambal tumis udang!

sabar 2X baru pukul 3.22 petang.. lambat lagi tuhhh

*kredit utk orang perseorangan yg gambar makanannya aku ambik letak dlm blog aku

No comments: