Ya! saya mengaku saya tak ramai kawan!

Walaupun kawan kat FB aku ada seribu lebih tapi nak dekat separuh daripada kwn FB aku kebanyakan kawan-kawan game mafia wars, cafe world dan juga city ville. Selebihnya kawan-kawan aku masa kat sekolah, universiti, kerja n lain2. Tapi sebab da lama lost contact  jadinya kami tidak berapa rapat. Kadang2 nak comment status n berchat n tanya khabar pun segan. Lagi membuatkan aku segan bila ada beberapa orang kawan2 sekolah aku yg tak kenal sapa aku. Agak menyedihkan sebenarnya sbb aku mmg kenal n igt diorg (apalah aku nih sensitip sgt!). Yelah aku pun bukannya 'glamer' sgt n agak low profile kat sekolah. Maybe aku nih mmg tak ramai kawan kot kat sekolah *fikir*. Ya betul tuh! aku memang seorang pendiam masa kat sekolah. Walaupun aku berjaya gak belajar tinggi2 tapi pekerjaan aku takde lah se 'gah' mcm kawan2 sekolah aku dan itu membuatkan aku mengambil keputusan menjadi 'kwn senyap' sahaja. Jadi masa aku di FB banyak dihabiskan dengan mengepost game-game di FB.

Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yang masih sudi bertanya khabar n masih ingat kat aku nih. Satu masalah aku nak menegur orang yelah aku takut orang yang aku tegur tuh tak kenal sapa aku. Sebab aku pernah kena situasi mcm tuh yang buatkan aku lagi suka berdiam diri. Aku bukan sombong tapi aku memang seorang yg penyegan sikit. Jadi destinasi terakhir aku di FB ialah main game.

Mesti korg igt hidup aku membosankan n anti sosial kan? Well walaupun aku takde kawan yang boleh aku ajak keluar makan, tengok wayang, shopping or apa2 pun pada tiap2 ujung minggu (sob.. sob.. sob.. kwn2 jalan2 aku semer da kawin n pindah ikut laki diorg), aku sangat bernasib baik n bertuah lah sebab aku dikurniakan kakak2 yang sekepala dengan aku dan akak2 aku nih lah best friends aku. Tempat aku luahkan rasa tak puas hati masa kat office or apa2 jerlah. Bila aku nak terasa nak g shopping, akak2 aku nih lah peneman shopping aku. Takpun diaorg nih boleh jadi bank bergerak or segera utk aku hahahah. Yelah adik beradik senang sikit nak kira kan hehehe (tak gitu kak kin n kak cah? hihihi)

Terima kasih kak kin n kak cah.. korg lah akak terbaik yg pernah aku dapat n xda galang gantinya pun walaupun jarak umur kita sgt jauh (15 dan 13 tahun) tapi aku berterima kasih sgt2 sebab tak pernah nak ketepikan aku or ignore adik korg yang bongsu nih heheh. Teringat  masa umur aku 8 tahun dulu aku nangis2 nak MCDonalds sanggup akak aku g beli walapun dah nak dekat kul 10.30 malam time tuh. aku tak lupa masa korg nasihatkan tentang sesuatu kat aku masa aku form 1 supaya aku tak menyesal bila da besar nanti (ya aku sgt menyesal sgt sbb errr sbbb errr :p hehehe) n aku tak lupa korg 'ugut' aku masa mak n arwah bak g haji bila aku 'terkantoi' dgn korg (yer aku dgr nasihat korg tuh sbb sampai skrg aku tak kawin2 lagi hihihi)

apa2 pun i loveeeee u all lah kak kin n kak cah! muah! muah! muah!


*tapi bila ada benda yg xleh ckp ngan family, kwn2 di opis plak menjadi mangsa heheh :P utk kak anis n emy

Comments

  1. aku masih kawan ko yang ingt kat ko...jd jangan lupa dtg umah aku nnti taw ^_^v

    ReplyDelete
  2. hihihi mekasih2. aku mmg teringin nak g umah ko mkn nasik minyak tapi time tuh aku maybe dah fly g umrah adess.. tapi apa2 pun mintak alamat umah ko post kat inbox fb

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat