Kelajuan itu membunuh!

Sejak 2 hari nih waktu pagi di JB dibasahi dgn hujan. Ada sekali aku boleh plak terbgn pukul 3 pagi sbb tak boleh tidur terkejut dgr bunyi guruh. terus terigt aku tgh charge bateri iPad hehehe terus cabut wayarnya. kalau kena sambar mau nangis aku hihihi. Hujan mmg sgt lebat pagi selasa hari tuh n mintak2lah hujan yg sgt lebat itu akan turun pada pagi sabtu n ahad. 

So bila dah hujan nih korg tau lah kan jalan licin. bila dah jalan licin ada plak org yg tak sayang nyawa nih bawak kereta mcm apa. Jalan2 kat JB nih bila time2 pagi nih mmg sgt2 sesak. ngan kereta n motorsikal. motor jgn ckplah. beribu2 menuju ke Spore nak g keje. n skrg nih pun org spore dah ramai yg duduk JB. Kita nih actually mcm pegi ke medan perang masa nak g keje. Gi medan perang bawak mesinggan, bom or apa2 yg sewaktu dgnnya. tapi g keje? bawak kenderaan yg mcm bom jangka. silap sikit boleh bawak maut.

Sejak aku drive n pindah rumah skrg nih, dah byk accident yg aku tgk. pulak tuh jalan yg aku lalu tuh mmg bz sgt2 tak kira pagi, petang, siang or malam! baru2 nih masa time hujan selasa lepas masih terbayang2 satu jasad terbujur kaku melintang antara lane kanan n tgh. dgn muka pucat n darah mengalir2 keluar kat celah2 helmet n mengalir sama dgn air hujan. sedih sgt tgk keadaan penunggang motor tuh. tak tahu lah hidup or dah mati. kat belah kiri ada kereta n lori trelar yg dah berhenti. maybe accident ngan lori tuh kot. plak tuh tak sampai 100 m dari accident tuh ada plak satu accident lain. motor jugak. dah tersandar kat divider dgn darah2 mengalir dari kepala. tapi steady lagi boleh hisap rokok.

kekadang aku pelik tgk org yg bawak kereta mcm dah tak tahan nak terberak jer. apa yg korg dapat bawak kenderaan korg laju2? dah lah laju pastu boleh plak tukar2 lane dari kanan, ke tgh pastu ke kiri pastu msk tgh balik pastu msk kanan balik tanpa bagi signal. ada sekali tuh bas main tukar jer lane sbb tgh laju turun flyover. nasib baik kereta tepi dia dpt elak. yg bawak kenderaan berat plak tuh suka2 tukar lane tanpa consider motor2 yg tgh lalu tuh. ada sesetengah yg bawak kenderaan berat nih mmg agak kurang ajar sikit. sbb dia rasa kalau dia langgar kenderaan yg kecik dari dia bukan dia mati pun. ibaratnya yg peting diorg dapat duit orang lain mati peduli diorg tak peduli apa. cuba langgar yg sama2 besar ngan korg lah. baru tau tinggi rendah langit tuh.

aku pernah nampak ada satu kereta bagi high beam kat lane kiri ngan motor. aku tak paham apa masalah org tuh. dia tak dpt halau org lane kanan n tgh dia main2 lampu plak ngan motor lane kiri sekali. org2 yg ske buat mcm nih selalunya org yg ske modify kereta yg letak sayap konon2 kereta dia boleh terbang lah ek? korg nak tau tak kereta ko lah kereta yg paling buruk campur hodoh kat alam semesta nih tau tak! bukan kat bumi jer kalah ngan kereta2 alien.

so pada sapa2 yg suka bawak laju tuh fikir2kan lah. korg mesti ada keluarga kan? n org2 lain yg drive kat jalan raya tuh semua ada keluarga juga. jgn sbb kerana ko nak kejar sbb dah lambat keje takut gaji kena potong ko sanggup korbankan nyawa org lain. berkat ke gaji korg kalau ko dpt sbb ko bunuh org? pikir2 kan lah ye. tak rugi mana pun bawak dalam kelajuan yg munasabah. untung lagi adalah! save petrol ko!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah