Posts

Showing posts from March, 2013

Tears Rain...

Image
drama korea lagi heeeee Tak sabar nak tunggu hari Isnin & Selasa untuk dua episode terakhir King Ambition nih. Nak tau sangat-sangat sapa lah yang kena tembak masa first episode arituh. Channel OneHD kat Astro tuh lewat 6 episode dari siaran kat Korea tuh. Serious mmg emo gila aku tgk drama nih. Tak pernah drama korea sampai aku buat dua entry.  episode 20 yang sedihhhhhh akhirnya bapak Ha Ryu dah tau Ha Ryu bukan Cha Jae Woo Sedih, geram semer ada masa tgk drama nih. Nih lah drama korea paling emo yang pernah aku tengok. Pandai betul lah produser dia cari pelakon macam Ha Ryu ngan Jo Da Hae nih. Especially pelakon yang bawak watak Jo Da Hae tuh. Muka inisen tapi jahat macam setan. Episode 21. So Jung jumpa Ha Ryu wat kali terakhir. Dia dah kuar dari Blue House (Rumah Presiden Korea) nak merantau katanya sebab kecewa bapak dia kempen guna taktik kotor n kawin ngan Jo Da Hae. tak sabar tunggu ending. Scene masa episode pertama pun dah nak sampai.

Makan-Makan: Village Beryani Cafe

Image
kali ni makan disini! Haritu bos belanja makan kat sini. Rezeki jangan ditolak heheh jimat sikit duit makan tengahari kan. Bukan first time makan kat sini. Ada beberapa kali jugak lah. Beriyani kat sini adalah stail India Utara kot tak silap aku. muka lapar hehehe Aku order nasi beriani kambing. Opsss kalau mak aku tau order beriani kambing abis aku. Hehehe. Tapi rasakan ye. Mau pening 2-3 hari aku lepas tuh sebab langgar pantang larang makan kambing huhuhu. Nasi aku. Kambing kena timbus. Ada telur rebus, acar, rahsam  (betul ke aku eja) & yougart n bawang (sedap gilos yang nih) Apa-apa pun burppp Alhamdulilah. Kenyang aku haritu. Makan free plak tuh huhuhu

Ruginya budak2 sekarang

Image
kids nowdays *sighhhhh* Ruginya budak-budak sekarang. Banyak main gadget jer. Zaman aku kanak-kanak dulu dok belari kat luar rumah. Best betul siap ada geng lagi kat kampung tuh. Macam-macam aktiviti yang kitaorg buat. Dari panjat pokok sampailah bergaduh ngan geng lain dalam kampung tuh gak. Hahaha kecik-kecik dah samseng tak padan aku nih perempuan. Tapi geng kitaorang baik-baik je. Kena ambush tuh yang balas balik. Hehehe. Memacam permainan kampung kitaorang main. Dari belon acah, polis sentri, teng-teng, baling selipar n macam-macam lagi lah. Kalau belum pukul 7 tuh mmg tak sah kalau tak balik. Korang pernah tengok filem adventure kanak-kanak Hollywood or Malaywood? macam gitu lah kitaorang masa kanak-kanak dulu. Tapi budak sekarang? dok abis masa depan laptop, komputer, ipad dan segala macam gadget yang ada sekarang nih. Takpun melepak kat cc. Well mak bapak sekalian kalau anak2 anda suka melepak kat cc sila lah pantau ek. Takut-takut terjebak gejala yang tak sihat.

Terima Kasih Mak

Image
Bila balik kerja jenguk dapur tengak ibunda yang tercinta dah masak ayam masak kicap, sambal petai udang & sayur kacang panjang. Alhamdulilah.

Rezeki! Alhamdulilah

Image
model Domino's yang baru Harituh, hari yang lepas2 dah lama dah ekekeke, langkah kanan plak order Domino's nih. Mula-mula memang plan nak kongsi2 beli Domino's nih tetiba bos boleh masuk plak bila budak Domino's nih hantar. So nak cover macho bos aku pun tanya berapa harga n terus dia bayarkan ekekekek. Alhamdulilah selamat duit kitaorang semua. Tapi yang best pasal Domino's nih perkhidmatan utk delivery memang tip top. Tak macam yang satu lagi tuh. Bab delivery hancusss. Kalau nak makan yang satu lagi tuh sama ada take away or makan kat situ. Tapi kalau delivery sorry lah yer. Pizza pun hangus. Lambat nak mampus. Lepas tuh ada benda yang  tertinggal. Sampai ke sudah tak hantar. Siap janji nak bagi Pizza free lagi. Tapi tak sampai2. Rasanya orang yang hantar pizza tuh makan kat tengah jalan kot. Memang kena belajar dari Domino's lah cara2 delivery yang baik. grocery shopping Malamnya plak gi wat grocery shopping sekejap. Kononya nak wat masak-m

Cerita basi lagi

Image
Iklan lama tapi still nak tempel kat sini. Bukan apa rasa macam teruja jer bila tengok iklan nih kan? Rasa mcm terbang sendiri kat sana tanpa guna travel agent guna visa pelancong hihihihihi. Agak-agak lepas tak?

Online Shopping lagi!

Image
Dapat hadiah. Hadiah kat diri sendiri hahaha. Kalau dah sekali cuba beli memang tangan nih gatal jer nak taip no kad kredit kat tempat kosong masa jenguk2 barang online nih kan. Walaupun kad kredit aku memang dah tahap kronik dah ekekek ada lagi hajat nak beli kat Reebonz nih. Online shopping kat Reebonz nih sangat lah mengujakan tau. Lagipun aku beli barang keperluan (keperluan lah sangat ye!) dah lama tak tukar purse aku yang dah uzur tuh. 7 tahun tau aku pakai purse Renoma yang aku beli dengan harga RM200.00 tuh. Ko mampu pakai purse yang sama sampai 7 tahun ekekeke. Kiranya bajet aku untuk beli purse selama 7 tahun adalah RM29.00 aje. Berbaloi2 ekekek. Samalah ngan jam tangan. aku beli dengan harga RM300 tapi aku pakai sampai nak dekat 13 tahun n tak pernah beli jam baru. Cer kira dah berapa aku jimat hihihi. Jangan salah sangka. Kadang-kadang orang beli barang yang mahal-mahal bukan nak menunjuk ke apa. Tapi ada orang yang mementingkan kualiti. Nak pakai lama lah katakan

Sunyinya tanpa kamu!

Image
Haishhh sunyinya rumah bila budak kecik nih takde. Takleh sakat, takleh gomol budak wangi nih. Baru 2 hari pergi aku da rindu. Adik balik lah cepat sunyi sepi rumah nih. Huh! *budak nih tgh berjalan sakan ke Thailand ikut mama dia. Cuti sekolah lah katakan. 

Makan-Makan: Nasi Kerabu

Image
Nasi Kerabu Antara makanan kegemaran aku gak. Nampak cam sedap tapi nasinya actually jelantah. Nasi Kerabu nih aku beli sama tempat ngan nasi dagang yang haritu aku post. Nasi dagang tetap marbeles tapi nasi kerabu kali ni aku rasa kureng sikit. Maybe haritu dia masak nak cepat kot.  Apa-apa pun nasi dagang yang marbeles yang sekarang no. 1 dalam carta nasi kerabu aku adalah kat Pasar Tani Taman Sri Pulai, Johor Bahru. Setiap pagi ahad. Nanti aku post gambar Nasi Kerabu yang tuh ek ehehehe

Makan-Makan: Nasi Dagang

Image
Nasi Dagang Antara makanan favorite aku. Walaupun aku orang Johor tapi aku memang tak kisah. Makanan negeri lain pun aku boleh masuk. Kalau Nasi Dagang nih yang paling sedap plus ngan kari ikan tongkol adalah makcik yang jual pagi kat Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor. Gerai dia lepas pasar dekat ngan simpang 4. Memang marvelous Nasi Dagang makcik nih. Nasi pun lembut aje.

My 2 Cents

Kita kalau ada masalah tak payahlah mengadu kat laman-laman sosial nih.  Tak kiralah Facebook ke, Twitter ke, even Instagram sekalipun. Tak semua benda kita boleh luahkan or update kat laman-laman sosial nih. Kalau nak luahkan jugak sebab taknak pecah kepala dok memikir, luahkan lah kat kawan baik kita ke or atau ahli keluarga sendiri. Kalau tak ada kawan baik or ahli keluarga yang boleh dipercayai cari lah jalan lain.  Mengadu pada Allah lagi baik daripada mengadu kat Facebook or Twitter tuh. Sebabnya kadang-kadang status yang diupdate tuh boleh menimbulkan tanda tanya dan syak wasangka kepada sesiapa yang membacanya. Secara tak langsung menyumbang kepada pandangan serong orang terhadap kita. Banyak mata yang memandang dan mulut yang membaca. Kalau dalam frenlist ada 5 orang jer takpe lah jugak. Ini ada beratus-ratus. Kesian kepada orang yang kita aibkan. Tak ada orang yang sempurna kat dunia ni. Lagi satu takut boleh jatuh DOSA BESAR pul

King of Ambition

Image
King of Ambition or Queen of Ambition Drama korea lagi! hahaha sorry lah ek sbb sekarang nih aku tgh gila tengok drama korea. Kalau kat office tuh memang aku takde kawan nak cerita drama korea sebab diorg semer tgk drama kat tv3 tuh. Nasib baik ada kawan masa study dulu yang ada minat drama korea nih. So boleh lah borak2 kat wassap tuh hihihi.  Joo Da Hae - Muka inasen tapi jahat mcm setan Ha Ryu - Ex Asben Jo Da Hae  Drama nih mengisahkan Jo Da Hae, wanita pertama korea yang sanggup buat apa sahaja supaya dapat apa yang dia hendak. Jo Da Hae nih seorang yang sangat miskin. Sampai lah si Ha Ryu nih datang selamatkan dia daripada jadi pelayan. Si Ha Ryu nih plak sanggup bekorban apa sahaja untuk Jo Da Hae nih tapi si Jo Da Hae ini tikam dia dari belakang.  Baek Do-Hoon - asben si Joo Da Hae Sekarang nih misi si Ha Ryu nih nak musnahkan si Joo Da Hae ni sebab dah berapa ramai orang mati kat tangan si Da Hae nih semata-mata nak dpt apa yang dia nak. Sakit ati

Liar! Liar!

I'm just find out someone that I knew few years back is a Liar. Yes, He's a Liar. After 5 years we split up, you was actually someone else husband and father. And you even married to your wife in year 2000. What a shame. And if i'm not mistaken we knew each other in year 2006. Anyway thanks to Mark Zuckerberg for creating The Facebook. Cos we can see how stupid people dealing with the technology. Yes really stupid. And maybe I'm stupid back then or maybe just love is blind. Cliche. But hey, life is like a wheel. Sometimes you're at the top, sometimes you're at the bottom. The world turns. Just remember, you had a daughter. How would you feel if the same thing happened to me happen to your child. Giving someone false hope and breaking her heart into a million pieces? I'm not expecting something bad happens to you, later. But i just hope that karma will get you hard! Last but not least, thank you for making me stronger.

Kenangan Mengusik Jiwa

Image
satu-satunya yang tinggal Aku suka pergi rumah nih. Satu-satunya orang paling tua disebelah arwah bapak aku yang tinggal. Suka pergi rumah Tok sedara yang aku panggil Tok Cik ni. Harituh masa weekend mak aku ajak gi rumah dia sebab Tok Cik perempuan telefon katanya tanya kabar mak aku. Mak aku dah lama tak menziarah tok cik aku nih sebab mak aku kan sakit masa hari raya haritu. Selalunya mmg tiap2 hari raya mmg tak miss pergi rumah tok cik aku nih. Dua-dua dah umur 80 an tapi masih kuat lagi. Arwah bapak aku beza umur 2 tahun jer ngan tok cik aku nih. So bayangkan lah kalau dia masih ada lagi mesti dah 80 jugak kan. Aku suka pergi sini sebab macam-macam cerita yang aku dapat masa arwah bapak aku muda-muda dulu. Tok cik aku cerita sampai bergenang air mata dia. Memang betul-betul kenangan mengusik jiwa.... rindu ngan arwah bapak aku.. selalu suka g sini sebab tok cik aku mcm arwah bapak aku cuma arwah bapak aku tinggi jer. Al-Fatihah...

Cerita basi

Image
baru sampai Cerita basi lagi. Diorg pun dah balik semula ke Shanghai ekeke. Abg aku n family balik bercuti untuk 2 minggu masa January lepas. Yang bestnya mak aku tak tau nak balik. Kira nak buat surprise lah. Ayip memang suka betul sebab dia tak bosan lah kat rumah ada abg azwar n wan. Kalau tak hari2 dia gaduh ngan aku or mak dia. Tapi 2 minggu mcm sekejap jer kan. Takpe bulan 7 nih diorg balik lagi ye Ayip. besarnya gigi awar tuh ekekeke Haishhh dapat tak aku cuti nak gi Shanghai next year. Kena plan awal sbb Air Asia selalu wat sale.

Good Luck!

Image
Dulu masa lepas SPM rasa macam kagum jer kalau ada kawan-kawan yang belajar nak amik lesen kereta. Aku bukan orang senang kan so memang tumpang gembira jer lah kat kawan-kawan aku yang dah ada lesen. Aku start belajar utk amik lesen kereta pun masa umur aku 24 tahun. Kira cam lambat kan? Masa tuh aku dah setahun kerja lepas grad. Actually mak aku dah offer nak bayarkan masa aku tengah tanam anggur tuh. Tapi masa tuh rasa macam malas plus ngan takut hihihihi. Tapi sebenarnya aku takmo guna duit mak aku. Dah besar n dah kerja kan so cari lah duit sendiri. Lagipun rumah aku ngan tempat kerja dekat sangat tak bawak kereta pun takpe boleh jalan kaki or akak/abg aku leh hantarkan hihihi. Tapi bila rumah yang aku duduk tuh nak kena ambik ngan pemaju firaun yang penipu tuh so terpaksalah family aku pindah kat umah abg aku nun disempadan jb-pontian.  Oleh kerana rumah yang bakal pindah jauh daripada tempat kerja so dengan sukarelanya aku mendaftarkan diri aku di sekolah memandu. Masa t

Bisness baru

Image
Stok dah sampai Kali nih stok yang sampai adalah karpet patchwork. Karpet dari kain sangat sesuai kalau ada baby sebab dia tak berhabuk so baby boleh golek2. Lagi satu boleh basuh carpet nih. Bawah carpet nih ada getah bagi mengelakkan dari bergerak. Apa-apa pun macam goreng pisang panas carpet nih. Beberapa hari jer sampai dah habis licin. Allhamdulilah. macam nih rupanya Stok baru akan sampai sebelum raya tapi bukan karpet tapi cadar patchwork design baru. Yang cadar nih pun kawan akak aku ramai dah tanya bila nak sampai.

Selamat Tinggal

Image
servis bertukar tangan Akhirnya telefon lama aku telah bertukar tangan. Harap-harap tuan baru tuh jaga lah bebaik yer handphone nih. Mahal tuh beli hp nih. Siap masuk dalam kotak macam baru gitu. Banyak berjasa telefon nih n 2 tahun aku pakai. Dah jatuh banyak kali still steady jer. Hakikat yang mmg tak boleh sangkal adalah handphone nokia memang kebal ya. Sekian. Terima kasih Nokia!

Boring

Boring Boring Boring Boring Boring Boring  Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring Boring B

Senja

Image
Indahnya langit petang nih. nih lah view aku tiap2 petang balik kerja. itu pun kalau cuaca baik. syukur alhamdulilah aku masih bernafas didunia milik-Nya.

Al-Fatihah

Image
Takziah kepada dua wira negara yang telah terkorban ketika mempertahankan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Inspektor Zukifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin *sekarang nih dah rasa menyampah tengok Facebook. Semua orang nak jadi champion. Rasa nak deactivate jer facebook n cut connection ngan internet. Pastu duduk bawah tempurung. Lagi baik kot?? takdelah buat darah tinggi aku naik n susah hati memikirkan masa depan kan??