Ruginya budak2 sekarang
kids nowdays *sighhhhh* |
Ruginya budak-budak sekarang. Banyak main gadget jer. Zaman aku kanak-kanak dulu dok belari kat luar rumah. Best betul siap ada geng lagi kat kampung tuh. Macam-macam aktiviti yang kitaorg buat. Dari panjat pokok sampailah bergaduh ngan geng lain dalam kampung tuh gak. Hahaha kecik-kecik dah samseng tak padan aku nih perempuan. Tapi geng kitaorang baik-baik je. Kena ambush tuh yang balas balik. Hehehe. Memacam permainan kampung kitaorang main. Dari belon acah, polis sentri, teng-teng, baling selipar n macam-macam lagi lah. Kalau belum pukul 7 tuh mmg tak sah kalau tak balik. Korang pernah tengok filem adventure kanak-kanak Hollywood or Malaywood? macam gitu lah kitaorang masa kanak-kanak dulu.
Tapi budak sekarang? dok abis masa depan laptop, komputer, ipad dan segala macam gadget yang ada sekarang nih. Takpun melepak kat cc. Well mak bapak sekalian kalau anak2 anda suka melepak kat cc sila lah pantau ek. Takut-takut terjebak gejala yang tak sihat.
Comments
Post a Comment