Skip to main content

There is no true love....

for people like us!

Sadiskan je kan bunyinya?
Actually my fren ada cerita ada orang dtg office dia nak tanya pasal kes divorce.
Perempuan nih saiz comel macam aku katanya.
Laki dia ajak cerai (kes non muslim) atas alasan dia gemuk sangat,
tak boleh bagi anak n nak kawin lain.
Terngaga aku dgr kwn aku cerita.
Yang lagi ternganga tuh diorg bercinta lebih 5 tahun n perempuan tuh mmg saiz yang sama.
Bukan dulu kurus pastu sekarang jadi saiz comel.
Lepas ternganga tuh terus aku ckp ngan kwn aku tuh there is no true love for people like us.
Majoriti lelaki nak ke kawin ngan bini saiz besar?
Kalau ada pun maybe 1 dalam sejuta kot.
Memang payah nak jumpa orang yang boleh terima diri kita seadanya.
That woman yang nak kena cerai tuh siap kena pukul bantai lagi.
N her asben skrg tak sabar nak divorce sebab nak kawin lain.
Kesian betul. Ini kekadang buat aku takut. Takut jumpa lelaki spesis mcm nih.

Aku before 30's dulu berusaha lah jugak cari lifetime partner.
Lepas bercinta nak rak, putus. Pastu bercinta ngan orang lain, putus.
Pastu suka ngan orang, orang tak suka kita.
Pastu ada orang suka kat kita, kita plak tak suka kat orang tuh ekekeke.
Lepas tuh aku give up lah.
Bila dah over 30's nih slow2 perasaan aku tuh hilang.
Rasa macam malas dah nak cari. Kalau cari pun bukan org nak aku pun kan.
Lebih baik hidup sendiri, takde kotmitmen pada laki n anak (ganas ayat aku)
Itu yg aku ckp pada diri aku setiap hari untuk pujuk hati aku sendiri.
Walaupun, walaupunnnnn jauh disudut hati aku, aku pun ada perasaan mcm perempuan lain
Nak ada teman hidup n zuriat sendiri tapi sapa lah aku kan.

Sebab tuh aku ckp kat diri sendiri takpelah best jugak hidup sendiri.
Sebab nak pujuk hati sendiri.
Tak nak jadi mcm ada kwn dlm fb aku asyik dok ckp pasal jodoh jer.
Atau dengan erti kata lain tak nak jadi macam orang desperado jer kot.
Actually ini semua aturan Allah untuk kita.
Bila fikir balik, ada hikmah sebenarnya.
Ada orang jugak nak jaga mak aku. Teman dia masa hari2 tua dia.
Kalau aku dah kawin ada keluarga lain kan?

Apa-apa pun aku berserah jer lah pada Allah. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Tuhlah masa gi umrah haritu tak nak doa kat Jabal Rahmah,
 tahan dok tidur dalam bas ekekekeke
Arghh rindunya ngan bau Makkah! bila lah nak dpt 'Jemputan' lagi?

Comments

  1. I maybe not know you personally but i feel you. Kite berbadan besar usually akan ade perasaan 'low self esteem'.. sampai skang zara pun rase cmtu. even org slalu tnye zara nape zara always cheerfull even org kept on telling me i look fat like a hump back whale la, spare tyre terkeluar and all.. Dulu mmg tak nak kawen sebab takot jadi cam the girl yang nak kene cerai tu. Zara bercinta ngan indian, chinese, philipines sume x lekat. because of, i was bigger than them.. Then di takdirkan balik dari umrah berjumpe ngan tunang. time tu mmg x suke langsung kt die. tp lelame hati terbukak.

    sometimes loves comes when u least expected. sometimes the person can be standing infront of you, cume kite tak nampak. have faith.

    in regards on if you kawen xde sape nak jage ur mom..if you kawen pn bley jage ur mom. its our choice. I wish you all the best in the world. May you find happiness, calmness in life and remember, everything in life, there's a pair. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah .Thanks Zara. very nice of u. yup i kadang2 rasa rendah diri sangat. n kadang2 tak kisah. macam last 2 weeks i am having fun kat Legoland waterpark with my niece n nephews, some people just stare at me je macam tgh nampak 'badak' berendam. mula2 rasa malu jugak tapi lama2 buat bodo jer. rasa macam nak have fun kat luar pun tak boleh. but most of the time i memang buat bodoh kalau fikirkan sgt memang tak keluar rumah kot.

      Congrats Zara. i baca blog u tgh menghitung hari kan? moga bahagia hingga ke syurga.

      Delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…