Jodoh dan pertemuan di tangan Allah

Keratan paper Metro

Jodoh. Topik yang paling tak suka kalau orang tanya aku. Alhamdulilah aku berada dalam keluarga dan saudara mara yang memahami diri aku. Jenis yang memang takkan tanya pasal jodoh dengan aku. Tapi kadang-kadang tuh adalah sorg dua yang tanya.

Bila dah usia pertengahan 30-an nih memang aku dah tak fikir pasal jodoh. Actually since masuk umur 30-an dah rasa 'tak kisah'. Bukan give up atau putus asa cuma perasaan tuh dah beransur-ansur hilang hingga menjadi kosong. Kosong sekosong-kosongnya.

Tapi jauh disudut hati aku, ada juga perasaan tuh. Mungkin dah tak sebanyak dulu. Tapi perasaan itu tetap ada. Tipulah kalau ckp kosong sekosongnya. Cuma perasaan mencari tuh dah tak ada n lebih kepada pasrah pada apa-apa kententuan ilahi.

Kadang-kadang sedih juga bila ada orang membanding-bandingkan kehidupan 'keseorangan' aku dengan kehidupan berkeluarga mereka. Selalu bila terjadi perkara sebegitu, aku berundur dari kumpulan tersebut. Menyepi diri dan hanya memerhati dari jauh.

Lagi sedih apabila seorang saudara kandung sendiri mempersoalkan kenapa orang tak berkahwin. Pada dia orang tidak berkahwin tidak berfikir panjang dan hanya mahu kehidupan yang senang dan kenapa perlu bergantung kepada anak-anak saudara yang pada dia anak-anak saudara itu sudah dikira saudara jauh. Terlupa kah dia bahawa saudara kandung dia masih belum berkahwin dan masih dibawah tanggungjawab dia? sedihnya hati bila dengar kenyataan dia. 

Takpelah aku pun dah pasrah jer sekarang. Dalam ramai-ramai takkan takde sorg dua yang boleh jenguk aku dah tua nanti kan?

Tapi tak boleh blah boleh plak aku mimpi malam semalam orang masuk minang aku. Dalam mimpi tuh mati-mati aku tolak tak mahu hahahah

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih