Istanbul Aku Datang!

Famous pakcik nih
Dah datang pun. Cuma tak puas jer ke Istanbul. Aku pegi dulu pun macam menyinggah jer sebab tujuaan utama nak pegi Umrah so dalam perjalanan kita singgah dulu plus masa tuh kitaorg guna Turkey Airlines so memang lah kena singgah Istanbul dulu.

Bosphorus Straits
Aku pegi Istanbul untuk 3 hari 2 malam. Ikut rombongan umrah/ziarah Istanbul. Banyak buat lawatan ke Masjid-masjid yang ada kat Istanbul nih. 1st day sampai tuh kitaorang pegi Masjid Ayub dimana ada kawasan perkuburan kat situ lah Allahyarham Ahmad Ammar di kebumikan. Tapi time tuh Allahyarham belum meninggal lagi. Aku pegi tahun 2011

Aku kat Camlica Hill. Asia side. Berbaju kurung sebab lepas tu
 nak naik flight ke Madinah
Hari last naik private boat keliling Bosphorus Straits. Pegi Asia side. Naik Camlica Hill. Fuhh breathtaking view kat sini. Aman damai sangat kat atas tuh. Tapi paling best pasal Istanbul nih orang-orangnya sangat friendly. Siap nak borak walaupun pakai bahasa isyarat je sebab ada yang tak tahu bahasa inggeris. Sebab tuh aku tak kisah nak pegi lagi. Lagipun belum explore betul-betul Turki ni. Lagisatu makanan pun sedap ek. Hahah memang kena dengan tekak aku walaupun hari terakhir baru jumpa makanan pedas hihihi.

Agak-agak bila boleh pegi lagi ek?


Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji