Krik.. Krik..

Tempat tumpah darahku

Lama betul aku menyepi. Rasa macam takde mood nak menulis. Balik kerja bukak laptop baca blog orang lain terus log out balik. Jadi pembaca senyap je. Actually ada beberapa perkara berlaku and ada beberapa hari tu sampai tak sempat langsung nak login blogspot nih or jalan-jalan kat blog lain.

Awal bulan 3 haritu ibunda tercinta kena admit wad. Mak aku ni memang ada appointment kat Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA). 3-4 bulan sekali jumpa sejak 5 tahun lalu. Mula-mula tuh bulan 10 last year doktor dah arahkan buat tapak dylisis kat tangan cos condition buah pinggang mak aku nih makin merosot. Doktor bagi appointment setiap bulan sebab nak pantau condition dia. Puas pujuk mak aku buat tapak dylisis tuh, alhamdulilah bulan 11 tahun lepas dia buat juga akhirnya. Tapak tuh dibuat kat Klinik Pakar Pembedahan Plastik. Yang ini kena cari doktor luar. Surgery nih dibuat kat pegelangan tangan dimana dua urat pesakit dicantum menjadi satu. Sekarang bila dipegang urat tuh memang terasa laju aliran darah.

Doktor pun dah siap-siap bagi borang admit wad kalau ada simptom-simptom kegagalan buah pinggang tuh berlaku. Just tulis tarikh n bagi borang kat kaunter pendaftaran. Dipendekkan cerita simptom-simptom tuh ada datang mcm loya-loya, semput which is paru-paru banyak air sebab air tak keluar. So kebetulan awal bulan 3 haritu ada appointment n bagitahu doktor, terus dia suruh admit wad n beberapa ujian darah, x-ray paru-paru & scan buah pinggang doktor buat keputusan mak aku kena permanent dylisis.

So kelam kabut aku cari pusat dylisis n untuk pengetahuan korang nak cari pusat dylisis kat Johor Bahru nih amatlah payah. Sebelum nih aku dah try cari bulan Januari haritu. Tapi semuanya penuh. Aku kan emosional sikit. Lepas call tanya ckp takde kosong, letak telefon jer terus nangis. Tak suka betul perasaan kena reject. Lagi-lagi kalau benda tuh melibatkan ibu bapa. Lagi lah. Akhirnya doktor suggest aku satu tempat kat area bandar. Alhamdulilah ada kosong. Keluar wad kejap buat dylisis pertama (technically kali ketiga - kali pertama n kedua buat kat KPJ 2 tahun lalu) selama 1 1/2 jam baru boleh discharge. So bermula lah rutin 3x seminggu mak aku kena dylisis. 

Bagai dirobek-robek hati aku tengok
sakitnya mak aku kena cucuk jarum cari urat

Most of the time aku yang bawak mak aku  kalau dia ada appointment kat klinik pakar HSA. So setiap kali doktor bagitau condition mak aku mesti bergenang air mata aku. Aku ni macam jeli sikit. Sangat fragile.

Sayang mak aku sangat-sangat. Semoga mak sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin.
Lepas nih aku nak buat few posts pasal dylisis n buah pinggang.

Comments

  1. semoga mak awak diberikan kesihatan yang baik dan sembuh..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wana. insya Allah aminnn

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji