Resepi: Corn Dog

Percubaan kali pertama

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan
1 1/2  cawan Yellow Cornmeal 
1 1/4 cawan Tepung Serbaguna
1/4 cawan gula
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1 biji telur (dipukul)
1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh)
1 tablespoon minyak sayur
1 tablespoon madu
1 paket sosej (10 batang)
Lidi untuk mencucuk
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati.
Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati.
Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni

Sebab sosej aku besar gabar aku guna
chopstick hihihi
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyalut kesemua sosej tuh.

Celup, celupkan
Dengan pelahan-lahan keluarkan sosej daripada batter dan cepat-cepat masukkan dalam periuk untuk digorengkan macam kat bawah nih. Goreng dalam 2-3 minit sampai dua2 side jadi golden brown, keluarkan dan letak atas paper towel untuk menyerap minyak-minyak

Hah mengembang Corn Dog aku
Lepas tuh siap untuk dingap!

Terlebih baking powder hihihi

Comments

  1. ye ye kan omputih mmg suka sangat corn dog ni..
    CT ingt penah tengok ada kiosk jual n org bratur ramai gila..

    hehehe.. CT nak sosej saja boleh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak suka corndog nih tapi selalu tang tepungnya dibuang. Makan sosej je hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji