Dialysis

kesian mak aku sampai lebam2 tgn dia

Lama tak mengepos. Balik asyik mengadap jem je, sampai rumah dah letih. Memang tak sempat nak menulis apa lagi mengepos entry disini. Lagipun rutih harian aku dah berubah. Memang waktu yang terluang aku habis kan untuk tidur je.

Ingat tak post bulan 3 aku ada post mak aku start dialysis. Kos untuk dialysis memang tinggi. Bayaran sekali dialysis berbeza mengikut tempat. Kalau tempat dialysis tuh daripada badan-badan kebajikan dan NGO mungkin sedikit murah daripada tempat dialysis private. Tapi senarai menunggu di tempat dialysis badan2 kebajikan dan NGO sangat panjang. Masa mula-mula Doktor suruh aku cari tempat dialysis dulu frust jugak sebab tak jumpa satu tempat yang kosong pun. Even yang kat private pun penuh. Sampailah mak aku kena masuk hospital dan kena dialysis permanent n doktor suggest satu tempat dialysis nih. Alhamdulilah ada kosong. Masa tu bersyukur sangat-sangat sebab betapa seksa menerima rejection daripada beberapa pusat dialysis. Ada yang baik siap memberikan suggestion. Ada yang sombong terus hempaskan talian telefon. Hati aku dah lah macam tisu, terus mengalir air mata aku. 

Kos untuk rawatan dialysis (standard kat semua tempat pusat dialysis swasta) adalah sebanyak RM200 untuk sekali sesi. Mak aku kena 3 kali seminggu. So RM2,400.00 sebulan. Kos suntikan ubat Eprex pula RM160 untuk satu suntikan. Mak aku kena suntik sekali seminggu. RM640.00 sebulan. Jumlah semua sekali adalah RM3,040.00 sebulan.

Tinggi kan kos untuk dialysis. Kalau kita bekerja/pesara kerajaan akan ditanggung oleh kerajaan. Kalau kita bekerja swasta boleh tuntut dengan SOCSO itu pun hanya menanggung RM130.00 sahaja (betulkan aku kalau salah) balance kena mohon kat Baitulmal. Oleh kerana mak aku ada 4 orang anak-anak yang bekerja kerajaan so kos rawatan ditanggung oleh kerajaan.

Ini lah yang aku nak cerita sangat nih. Kecewa sangat-sangat. Prosedur dia tak ada lah leceh sangat. Itu semua bergantung kepada Jabatan dan Ketua Kerani mana yang mengendalikan. Lagipun doktor dah sediakan semua surat-surat sokongan. So bab borang memang dah senang sebab doktor/nurse kat hospital dah tolong isikan. Tinggal tandatangan je. Mula-mula mohon tuh kerani tuh mintak semua borang. Kena dapatkan 2 salinan original lah sedangkan pusat dialysis hanya mengeluarkan satu salinan original yang lain kena CTC je. Tapi yang paling susah sekali kena dapatkan quotation daripada 2 tempat yang berlainan. Ya Allah cuba bayangkan macam pengemis mintak sana sini quotation tuh. Tak ada tempat yang nak bagi sampailah sebulan berlalu baru lah kami dapat lengkapkan 2 quotation tuh. Itu pun bila ada pusat dialysis yang simpati dengan kami.

Borang dah serahkan pada kerani yang berkenaan tapi sampai sekarang katanya masih diatas meja dia. Tak buat apa-apa. Even tuntutan untuk bulan pertama (bulan mac) yang dihantar awal bulan April pun katanya masih diatas meja dia lagi. Tak buat apa-apa. Kecewanya. Kerjanya bukan susah pun, cuma mintak kelulusan ketua jabatan dan hantar ke Putrajaya. Kerani akak aku bagi tau. Kalau guna GL akak aku mesti dah lepas.

Orang macam nih tak pernah memahami kesusahan dan penderitaan orang lain. Belum kena batang hidung sendiri. Kalau kena nanti pandai pulak dia cepatkan tuntutan dia kan. Mak aku sampai naik blood pressure dia tiap kali pegi dialysis nih sebab tak boleh tidur malam pikir camner nak bayar rawatan dialysis.

Harap-harap orang yang berkenaan tahu tanggungjawab dia. Dah nak masuk 4 bulan menunggu.

Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan.. tabah ye macik buat rawatan..
    moga Allah rahmati selalu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah aminnnn. Terima kasih atas doa awak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat