Selamat Hari Buruh!
Lama betul aku tak update blog nih. Bulan April nih cuma ada 4 entry je. ??
Tahun ni rasa macam malas sangat. Dah masuk bulan 5 cuma ada 37 post je.
Tapi minggu nih betul-betul letih. Selalunya kalau tak update post pun mesti login account tgk dashboard n baca blog orang. Tapi this week baru harini aku login acct blog aku. Lepas appointment kat Klinik Pakar HSA isnin lepas terus badan nih rasa macam letih sangat-sangat. Memang tak larat nak mengadap laptop lepas office hour. Tulang belikat kiri aku pun dah kebas je nih. Terseksa rasanya bila nak menaip masa kat office. Malam-malam pun payah nak tidur. Asyik terbangun tengah malam. Nak tidur balik payah. Sudahnya memang siang asyik ngantuk je.
Nasib baik minggu nih long weekend. Boleh lah berehat kat rumah 4 hari ni. Tu pun ada aktiviti-aktiviti cuci2 mata n aktiviti berendam di Legoland Waterpark huhuhu. Selalunya aktiviti aku sejak 5 tahun lalu bila ada long weekend nih aku amik cuti extra n terbang ke mana-mana destinasi ke luar Malaysia. Tapi this year, next year ke memang takda lah nak kemana-mana. Rehat dalam 2-3 tahun ke. Duit banyak habis bila travel ni. Kena penuhkan balik tabung travel aku. Lagipun aku ada tanggungjawab lagi besar untuk mak aku.
Meja seorang kuli |
Apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Buruh!
Semoga menjadi pekerja yang jujur, amanah dan berdedikasi kepada organisasi yang kita sertai.
Opss baru terigt 1 reason aku malas berblog adalah komputer aku dah pening. Asyik lost connection je. Menyampah betul!
Comments
Post a Comment