Posts

Showing posts from June, 2015

Selamat Hari Bapa

Image
Selamat Hari Bapa Bak,  Terima kasih besarkan anak-anak Bak dengan ilmu dunia dan akhirat dan penuh kasih sayang.  Semoga Bak tenang di sana. Al-Fatihah 1929 - 1998 *Gambar diatas diambil di Istana Besar Johor Bahru 1986 selepas Majlis Perkahwinan Tengku Azizah Iskandar & Tengku Mahkota Pahang.

Salam 4 Ramadan 1436 Hijrah

Image
Iftar 2 Ramadan 1436 Hijrah Salam 4 Ramadan! Cepat dah 4 Ramadan kan? Maka cepat juga ler aku dah nak naik kerja. Kali ni aku amik cuti Jumaat sambung 1st Ramadan hari Khamis yang Johor dan negeri2 sewaktu dengannya yang amik sebagai public holiday. So sambung ler ke Sabtu & Ahad. Tapi kejap jer 4 hari tuh berlalu. Harini last cuti. Esok back to normal. Belum kena time kerja/puasa lagi nih. Tapi aku ok jer sebab dah praktis masa sebelum puasa hari tuh. Bayar hutang puasa. Time tuh lagi lah balik lambat. Memanjang buka puasa kat dalam kereta. Takdenya dapat teguk air kat rumah. Semua atas jalan. Tapi bulan puasa ok lah sebab memang balik awal kan. 1/2 jam awal.  Harap-harap bos aku memahami lah ek. Jalan kat JB nih bukan macam dulu. Jem jer dah skrg nih.

Resepi: Baked Potato

Image
Cerita lama nih. Baru nak post sini. Kat Facebook kan banyak post pasal resepi-resepi or idea-idea mudah untuk memasak kan. Ada satu hari tuh aku ternampak pasal post kentang bakar. Aku memang ada post tahun 2010 resepi kentang bakar aku n merupakan post nombor 1 dalam all time page views  dengan views sebanyak 21,257. Tapi yang tuh aku buat stail lain.  Kat facebook tuh gambar jer aku olah sendiri. Baked Potato nih aku slice tapi tak sampai habis. Bawah tuh kena cucuk dengan lidi so kita tau had untuk slice supaya tak terputus kentang tuh. Antara celah-celah kentang tuh, aku letak isi ketam. Tak tau nak letak apa n dalam fridge cuma ada isi ketam je. Selang selikan dgn keju. Cari keju Cheddar tak jumpa. Pasraya kecik tak jual. Yang ada keju slice tuh. Guna keju tuh. Sebelum tuh letak olive oil kat kentang-kentang tuh. Last sekali letak mayo. Lepas tuh bakar sampai masak. Berapa lama, berapa panas tuh aku main hentam je. Ini nama nya masa-masak semborono. hahahha Yang ni p

Ramdan 1436 Hijrah

Image
Selamat Menyambut bulan Ramadan 1436 Hijrah. Semoga Ramadan tahun ini memberi lebih manfaat dari tahun yang lepas.

Hati Tisu

Image
Hati aku ni sebiji macam tisu. Sangat beremosi. Tak boleh tengok yang sedih-sedih mesti dah berderai air mata. Tak tahulah kenapa sejak dah masuk umur 30-an nih air mata mudah sangat tumpah. Baca berita pasal sedih-sedih pun boleh bergetar suara macam sebak gitu. Sebab tuh aku tak suka baca berita bagitau kat orang, nanti keluar suara macam orang nak nangis. Lagi lah kat Facebook tuh macam-macam cerita ada.  Especially yang sedih tuh memang dah bergenang air mata aku.  Lagi satu aku tak boleh tengok orang tua masih berkerja. Pernah masa aku drive nampak satu pakcik tengah kayuh basikal, Ya Allah payahnya dia nak kayuh basikal. Sedih betul. Terus nangis aku time tu. Baru-baru ni aku pergi servis kereta, malas nak tunggu kat situ, aku tahan teksi nak pegi office habiskan kerja-kerja yang tertunggak. Kebetulan teksi yang aku naik pakcik yang dalam lingkungan umur 70-an. Sebaknya aku tengok pakcik tuh. Dah lah nak iras-iras arwah ayah aku. Dalam usia dia macam tuh masih lagi mencari r

Birth of Beauty

Image
Drama korea lagi hihihi. Sekarang nih tetiba rasa macam rajin plak nak tengok drama korea. Lepas drama korea Glorious Day , ganti dengan drama nih pulak Birth of Beauty. Sebelum layan drama nih kat ONEHD aku google dulu le drama ni plus tengok kat Youtube sekali, sekali macam best lak kan. Kat Korea drama nih dah tayang dari tahun lepas. Baru teringat ada satu episode Running Man diorg jemput semua pelakon drama ni. Hero baru aku hahahaha Drama ni mengisahkan seorang perempuan yang obes dan baik hati bernama Sa Geum-ran berkahwin dengan seorang lelaki bernama Lee Kang-joon. Tapi suami dia nih banyak abiskan masa di US atas sebab perniagaan dan Sa Geum-ran nih tinggal dengan keluarga laki dia yang layan dengan teruk. Laki dia gak ada affair dengan perempuan lain Gyo Chae-yon yang lagi sofisikated dan laki dia nak ceraikan kan si Sa Geum-ran nih. Dipendekan cerita Sa Geum-ran ni ternampak lah family laki dia layan baik gila Gyo Chae-yo, Sa Geum-ran yang tengah sedih nih terus

Jurassic World

Image
Aku ni dah lama gila tak tengok wayang. Last tengok wayang pun tahun 2011. Tengok email balik last confirmation tiket aku bulan 1 tahun 2011. Lepas tuh macam dah malas nak nengok wayang. Tak tahu nape. Maka berlalu lah filem-filem fav. aku yang biasanya aku layan kat wayang macam Harry Porter, Transformer, Batman dan filem-filem lain yang sewaktu dengannya. Tapi tah camner khamis lepas tengok org dok post tiket wayang cerita Jurassic World nih kat wall Facebook terus terasa macam nak tengok. Lagipun Mat Ayip kegemarannya adalah Dinosaur terus buat announcement kat group Whatapps family tanya sapa-sapa yang nak join tengok. Nasib baik ada 5 orang yang nak ikut. Aku nih kalau tengok wayang memang tak suka beratur-beratur beli tiket nih. Satu sebab kena gi awal-awal, satu lagi seat yang kita nak susah nak dapat. Lagi satu aku suka pegi tgk wayang yang kategori 'early bird' cos tak menggangu waktu solat n tiket pun murah sikit. Kalau dulu aku beli online tapi cara bayar

Apam Balik Cheese Jagung

Image
Glup! Salam semuaaa! Bulan Ramadhan dah nak menjelma, puasa tahun lepas dah abis ganti belum? Jangan jadi mcm aku dah ujung-ujung baru nak ganti. Sampai kena tegur dgn lady bos aku yang non-muslim tuh, kenapa dah nak dekat baru nak gantii? Hahahah terkesima kejap. This week mesti kena kasi abis ganti. Dah lama tak buat entry. Nampak gambar apam balik cheese jagung nih terus terasa macam nak buat entry. Kalau pegi pasar tani, ini lah fav aku. Tapi takde lah tiap-tiap minggu beli. Mau naik gula aku sampai belas-belas kang. Selalu 2 bulan sekali baru beli. Ingat nak beli masa Pasar Tani last sebelum bulan Ramadhan. Kat bazar ramadhan pun ada. Sebelum buka puasa memang nampak sedap. Tapi bila dah buka hmmm memang dah tak ingin dah. So lebih baik cari sebelum puasa nih hehehe. Aku tak sabar tunggu bulan Ramadhan. Sebab bulan Ramadhan nih lain daripada bulan-bulan yang lain. Bulan yang penuh keberkatan. Apa-apa pun Selamat Berpuasa in advance (hihihi ada 7 hari lagi) Ye

Big Bad Wolf

Image
Budak yg tak mau bergambar Pesta buku Big Bad Wolf kembali lagi. Kali ni di Danga City Mall, Johor Bahru. Kali ni aku tak lepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang sangat murah. Last week aku ngan mat ayip pegi ke BBW nih. Payah betul bawak budak tecik nih. Dia plak rambang mata tengok buku-buku kanak-kanak yang ada kat sini. Semua dia nak. Nasib baik harga memang murah-murah. Memang memborong buku aku haritu. Borong buku memasak jeee Aku nak beli novel. Novel RM8.00 je mana tak naik juling biji mata aku. Tapi masalahnya aku bawak budak kecik Mat Ayip ni n mak dia plak tak ikut. Payah betul nak cari buku, nak tengok dia. Dah lah ramai orang. Last-last dpt satu je novel. Ingat nak repeat lagi sini beli buku. Pegi sorang je. Tapi rasa macam tak sempat je. Doraemon! Lepas kaunter bayaran, adalah orang jual magnet & buttons. Boleh juling gak biji mata kat sini tengok benda comel-comel. Akhirnya aku beli magnet Doraemon nih. Tak boleh tahan teng