Birth of Beauty


Drama korea lagi hihihi. Sekarang nih tetiba rasa macam rajin plak nak tengok drama korea. Lepas drama korea Glorious Day, ganti dengan drama nih pulak Birth of Beauty. Sebelum layan drama nih kat ONEHD aku google dulu le drama ni plus tengok kat Youtube sekali, sekali macam best lak kan. Kat Korea drama nih dah tayang dari tahun lepas. Baru teringat ada satu episode Running Man diorg jemput semua pelakon drama ni.

Hero baru aku hahahaha
Drama ni mengisahkan seorang perempuan yang obes dan baik hati bernama Sa Geum-ran berkahwin dengan seorang lelaki bernama Lee Kang-joon. Tapi suami dia nih banyak abiskan masa di US atas sebab perniagaan dan Sa Geum-ran nih tinggal dengan keluarga laki dia yang layan dengan teruk. Laki dia gak ada affair dengan perempuan lain Gyo Chae-yon yang lagi sofisikated dan laki dia nak ceraikan kan si Sa Geum-ran nih. Dipendekan cerita Sa Geum-ran ni ternampak lah family laki dia layan baik gila Gyo Chae-yo, Sa Geum-ran yang tengah sedih nih terus jumpa laki dia n ugut nak bagitau dengan wartawan (laki dia CEO company & Gyo Chae-yon tuh pengacara tv). Lepas tuh berlaku lah adengan kejar mengejar kereta antara Sa Geum-ran ngan laki dia sampai lah Sa Geum-ran nih terbabas jatuh gaung. Semua org igt Sa Geum-ran ni dah mati hanyut kat laut, tapi sebenarnya dia masih hidup n jumpa dengan Han Tae-hee (gambar hero aku kat atas hahaha) yang dia igt plastic surgeon mintak buat pembedahan plastik sebab nak balas dendam ngan laki dia. Lepas tuh apa jadi? tengok lah sendiri apa jadi hehehe. Boleh tengok kat Astro-on-the-go kalau ada melanggan Astro or kat Youtube pun ada.

 
Sa Geum-ran
Laki dia Lee Kang-joon
Sa Geum-ran lepas plastic surgery,
nama baru Sa-ra

Scene paling kelakar bila Sa-ra nih suruh si Han Tae-hee bayangkan dia adalah Sa Geum-ran. Apa-apa pun bila dah banyak tengok drama korea nih aku rasa budaya diorg kalau kahwin perempuan kena kasi bangunan. Lagi lah mak mentua diorg suka. Sebab si Kang-joo kawin ngan Geum-ran cuma nak bangunan Geum-ran je. Kalau ada dalam drama mesti ia adalah satu realiti kan?

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji