Hati Tisu

Hati aku ni sebiji macam tisu. Sangat beremosi. Tak boleh tengok yang sedih-sedih mesti dah berderai air mata. Tak tahulah kenapa sejak dah masuk umur 30-an nih air mata mudah sangat tumpah. Baca berita pasal sedih-sedih pun boleh bergetar suara macam sebak gitu. Sebab tuh aku tak suka baca berita bagitau kat orang, nanti keluar suara macam orang nak nangis. Lagi lah kat Facebook tuh macam-macam cerita ada.  Especially yang sedih tuh memang dah bergenang air mata aku. 

Lagi satu aku tak boleh tengok orang tua masih berkerja. Pernah masa aku drive nampak satu pakcik tengah kayuh basikal, Ya Allah payahnya dia nak kayuh basikal. Sedih betul. Terus nangis aku time tu. Baru-baru ni aku pergi servis kereta, malas nak tunggu kat situ, aku tahan teksi nak pegi office habiskan kerja-kerja yang tertunggak. Kebetulan teksi yang aku naik pakcik yang dalam lingkungan umur 70-an. Sebaknya aku tengok pakcik tuh. Dah lah nak iras-iras arwah ayah aku. Dalam usia dia macam tuh masih lagi mencari rezeki.

Majlis Konvo kakak aku kat UPM tahun 1992.
Budak 2 orang tuh anak-anak saudara aku, yang rambut kembang tu dah
jadi Doktor n adik dia pulak Arkitek.
Family aku cakap kalau hati tisu ni ikut arwah ayah aku (gambar pakai baju batik). Kalau cakap suara sebak tuh memang serupa dengan arwah ayah aku. Cepat sedih. Haritu masa abang aku (dalam gambar baju putih) datang umah aku dengan family dia, bila balik suara aku boleh pulak bergetar sebak. Sebiji macam arwah ayah aku.

Rindu sangat-sangat kat arwah ayah aku, Kadang-kadang bila kumpul adik beradik borak cerita-cerita lama, rasa sebak jer kat dada ni. Puasa pun nak dekat. So bila time-time mcm nih nostalgia-nostalgia lama pun mucul dalam otak nih. Masa 1st year arwah tinggalkan kitaorg, memang tak masak makanan fav. arwah, rasa sebak je time tuh. Sedihnya, terigt masa puasa zaman kanak-kanak masa arwah ada lagi.

Mataku berkaca lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji