Apam Balik Cheese Jagung

Glup!

Salam semuaaa!
Bulan Ramadhan dah nak menjelma, puasa tahun lepas dah abis ganti belum? Jangan jadi mcm aku dah ujung-ujung baru nak ganti. Sampai kena tegur dgn lady bos aku yang non-muslim tuh, kenapa dah nak dekat baru nak gantii? Hahahah terkesima kejap. This week mesti kena kasi abis ganti.

Dah lama tak buat entry. Nampak gambar apam balik cheese jagung nih terus terasa macam nak buat entry. Kalau pegi pasar tani, ini lah fav aku. Tapi takde lah tiap-tiap minggu beli. Mau naik gula aku sampai belas-belas kang. Selalu 2 bulan sekali baru beli. Ingat nak beli masa Pasar Tani last sebelum bulan Ramadhan. Kat bazar ramadhan pun ada. Sebelum buka puasa memang nampak sedap. Tapi bila dah buka hmmm memang dah tak ingin dah. So lebih baik cari sebelum puasa nih hehehe.

Aku tak sabar tunggu bulan Ramadhan. Sebab bulan Ramadhan nih lain daripada bulan-bulan yang lain. Bulan yang penuh keberkatan.

Apa-apa pun Selamat Berpuasa in advance (hihihi ada 7 hari lagi)
Yelah mana tau malas nak post. Lagipun laptop aku nih wat hallll selow mcm kekura.
Mintak tukar baru lahhh tuhhh!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji