Jurassic World
Aku ni dah lama gila tak tengok wayang. Last tengok wayang pun tahun 2011. Tengok email balik last confirmation tiket aku bulan 1 tahun 2011. Lepas tuh macam dah malas nak nengok wayang. Tak tahu nape. Maka berlalu lah filem-filem fav. aku yang biasanya aku layan kat wayang macam Harry Porter, Transformer, Batman dan filem-filem lain yang sewaktu dengannya.
Tapi tah camner khamis lepas tengok org dok post tiket wayang cerita Jurassic World nih kat wall Facebook terus terasa macam nak tengok. Lagipun Mat Ayip kegemarannya adalah Dinosaur terus buat announcement kat group Whatapps family tanya sapa-sapa yang nak join tengok. Nasib baik ada 5 orang yang nak ikut.
Aku nih kalau tengok wayang memang tak suka beratur-beratur beli tiket nih. Satu sebab kena gi awal-awal, satu lagi seat yang kita nak susah nak dapat. Lagi satu aku suka pegi tgk wayang yang kategori 'early bird' cos tak menggangu waktu solat n tiket pun murah sikit. Kalau dulu aku beli online tapi cara bayarannya guna credit card or M-Money (Maxis electronic money) tapi sekarang dah senang macam-macam cara boleh guna, debit card, kredit kad, online banking etc. Boleh pilih seat yang mana kita nak n yang penting tak payah nak beratur panjang-panjang dan pawagam pilihan aku, dah tentulah TGV.
Apa-apa pun direkomen tengok Jurassic World nih. Best! Fuhh kalau ada Theme Park mcm tuh memang sumpah aku takmo pegi hahahaha. Si Mat Ayip nih siap hafal semua nama Dinosaur nih dah memang cerita fav. dia, happy dapat pegi padahal sebelum tuh temberang kan dia nak pegi Legoland Waterpark. Takpe lah dik lepas raya kita pegi Legoland Waterpark ye!
Dah signup dengan MovieClub TGV rasa-rasanya rajin balik ler tengok wayang lagipun ada 2 tiket belum redeem lagi nih hehehe.
Dah signup dengan MovieClub TGV rasa-rasanya rajin balik ler tengok wayang lagipun ada 2 tiket belum redeem lagi nih hehehe.
Comments
Post a Comment