Resepi: Baked Potato

Cerita lama nih. Baru nak post sini. Kat Facebook kan banyak post pasal resepi-resepi or idea-idea mudah untuk memasak kan. Ada satu hari tuh aku ternampak pasal post kentang bakar. Aku memang ada post tahun 2010 resepi kentang bakar aku n merupakan post nombor 1 dalam all time page views dengan views sebanyak 21,257. Tapi yang tuh aku buat stail lain. 

Kat facebook tuh gambar jer aku olah sendiri.
Baked Potato nih aku slice tapi tak sampai habis. Bawah tuh kena cucuk dengan lidi so kita tau had untuk slice supaya tak terputus kentang tuh. Antara celah-celah kentang tuh, aku letak isi ketam. Tak tau nak letak apa n dalam fridge cuma ada isi ketam je. Selang selikan dgn keju. Cari keju Cheddar tak jumpa. Pasraya kecik tak jual. Yang ada keju slice tuh. Guna keju tuh. Sebelum tuh letak olive oil kat kentang-kentang tuh. Last sekali letak mayo. Lepas tuh bakar sampai masak. Berapa lama, berapa panas tuh aku main hentam je. Ini nama nya masa-masak semborono. hahahha

Yang ni pulak Potato Pocket dapat resepi dalam Website New York Times
Oleh kerana bahan tak cukup, aku main guna je apa yang ada kat dalam fridge aku. Resepi sebenar siap pakai isi ketam yang betul. Aku guna isi ketam yang dah proses. Hahaha. Sebelum tuh dia lumur dengan olive oil dan garam. Lepas tuh bakar dalam 180 darjah selama 45 minit or bakar sampai masak. Lepas dah masak, koyak kan sikit kulit n korek isinya. Isinya digaul dengan bahan-bahan yang kita suka n letak lah keju cheddar n bakar semula dalam 20 minit n siap!

Kentang perlu digosok n dicuci hilangkan
tanah-tanah
Tapi kentang ni ada banyak jenis. Nak buat baked potato lebih baik gunakan kentang jenis russets. Kentang ni agak mahal sikit n sesuai kalau nak buat mashed potato.

kena lumur dgn minyak zaitun sebelum masuk oven

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat