Skip to main content

Gute Nacht!

Dulu (sekarang pun masih lagi wajib) masa belajar kat UiTM, pelajar degree diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa ketiga selama 3 semester.  Bahasa pertama dah tentu Bahasa Melayu. Untuk course aku memang wajib amik 3 semester Bahasa Melayu. Bahasa Kedua semestilah Bahasa Inggeris. Hanya ada masa 1st semester BEL berapa aku dah lupa ekekek College English namanya. Susah tahap gaban. Belajar grammar. Bahasa ketiga pulak ikut pilihan masing-masing.

Masa daftar kat fakulti terkedu gak sebab kena belajar 3rd language. So kitaorg pegi ke Pusat Bahasa UiTM yang sekarang dah dikenali sebagai Akademi Pengajian Bahasa nak gi daftar kelas bahasa. Kat UiTM memang wajib amik 3rd language. Kalau tak amik tak boleh grad. Cadangnya nak register kelas bahasa Perancis. Sekali penuh dahhhh. Nak amik Mandrin kena campur dengan budak-budak engine. Masa zaman aku belajar tengah hangat dengan drama telenovela nih. So igt nak register kelas Spanish Language, sekali pun penuh gak. Yang kosong tinggal bahasa Jepun, Korea & German je. Bahasa Jepun & Korea memang aku dah tolak tepi sebab aku memang malas nak belajar huruf-huruf diorang hahaha.

So aku n kwn aku amik lah bahasa jerman. Kelas bahasa ketiga selalunya waktu malam 2 kali seminggu. Seronok jugak belajar bahasa jerman nih. Lagi seronok aku dapat lecturer yang betul-betul best yang kitaorg panggil Njang. Manalah Njang skrg ek? orang kata Njang dah balik Kedah. Banyak kenangan pahit n manis masa belajar 3rd language. Masa part 1 (semester 1) aku duduk kat kolej kediaman. Habis kelas pukul 10 malam, jalan kaki daripada tingkat 12 Menara ITM (yg skrg orang panggil Menara Sultan Abdul Aziz Shah) balik ke Kolej Teratai (dulu Kolej Delima lelaki n skrg dah jadi kolej lelaki balik) lalu short cut jalan gelap kat kolam renang. Hahaha berani betul dulu.

Susah jugak belajar bahasa jerman nih. Nak ucap selamat malam pun banyak jenis. Hahahah kalau salah cakap ngan orang jerman mmg boleh kena ketuk kepala hahahah. Bab grammar lagi ler. Pening aku belajar grammar german. Tapi alhamdulilah, lulus gak aku 3 semester tanpa repeat. Walaupun tak cemerlang tapi takdelah cukup makan. 3 semester dapat B+ je hahahaha.

Mula-mula belajar boleh lah ckp simple jerman. Skrg nih dah lupa dah. Takde kawan nak praktis bahasa jerman nih. Hilang gitu je. Sayangkan. Cuma ingat frasa-frasa yang senang je. Kalau korg perasan aku ada letak German proverbs kat header aku. Cer tengok.

Tapi sekarang nih rasa lebih baik aku belajar bahasa Korea sebab asyik tengok drama Korea je kan. Untunglah kengkawan aku yang amik bahasa Korea dulu.

Boleh hilang stress tengok diorg ni

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Selamat Pagi!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Langit Petang

Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.