Skip to main content

Sleep Studies

Beberapa hari yang lepas aku ada appointment dengan salah sebuah Klinik Pakar kat General Hospital kat JB ni. Alah klinik pakar yang selalu aku pegi since 2012 yang banyak aku pos kat sini.

Actually appointment aku lepas raya haritu. Tapi memandang tarikh appointment aku kena dengan tarikh orang nak audit kat office aku, so by hook or by crook aku mesti tukar tarikh appointment tuh. Alhamdulilah lepas pujuk rayu akhirnya aku dapat tukar. Tapi lewat sikit bulan September. Tapi before tuh kena bising dengan nurse-nurse kat situ sebab aku stop satu ubat ni sendiri. Aku terpaksa stop sebab ubat tuh buat aku pening kepala sampai nak hantuk kat dinding. 

So bila tarikh appointment datang beberapa hari yang lepas, aku mula seram sejuk. Kalau korang ingat lagi aku memang takut nak jumpa sorang doktor pakar nih. Sebab dia garang. Kalau berat aku tak turun abislah kena jerit. Aku pulak sampai mempertimbangkan untuk stop dari jumpa doktor terus. Tapi bila fikir abis-abisan, ahhhh pekak kan telinga je. Bukan kena belasah pun paling teruk pun kena tendang pegi klinik kesihatan biasa je daripada aku pegi Klinik or hospital swasta. Dah lah ubat aku mahal-mahal.

So aku gagahkan lah kaki pegi ke Poliklinik Pakar tuh. Mula-mula aku seram, sebab 1st berat aku mesti naik and 2nd blood pressure aku. Sebabnya dah berminggu-minggu aku hidup dalam stress sewaktu kerja. Tapi surprisingly berat tak naik. Maintain n blood pressure aku normal. Tapi gula dalam darah pulak tinggi. 7.4% untuk 3 bulan.

Tapi allhamdulilah Allah makbulkan doa aku. Aku dapat doktor lain. Doktor garang tuh takde hihihi. Anak UPSR kot. Satu aku nak cerita kat sini, aku suka doktor yang attend aku haritu. Walaupun hampir satu jam aku dalam bilik dia, atleast dia dengar cerita aku tanpa mempertikaikan atau memperlekehkan. Jadi doktor kena dengar apa patient nak cakap. Bukan semua orang boleh serasi dengan ubat-ubat. Maybe ada sesetengah yang ada masalah. Kalau dah macam ubat diberi tapi result macam tuh je, maybe ada sesuatu. Janganlah melenting nak marah dengan patient. 

So setelah menceritakan masalah aku, akhirnya doktor ni refer aku pegi sini:-

Sleep Studies @ Respiratory Clinic 

Aku kena buat sleep studies. Kena tidur satu malam kat klinik nih. Alahaiii seram plak nak tidur situ. Aku ni ada masalah tidur. Tidur tak lena asyik terbangun je n aku ada masalah dengkur yang sangat teruk. Kalau aku tertidur masa tengok tv tuh mak n akak aku naik seram tengok aku tidur. Kadang-kadang aku tersenyap sendiri. Terus dorang bangun tengok aku bernafas ke idak. Sebab tuh diorg risau aku tidur sorang-sorang dalam bilik. Lagi satu aku selalu tersedak dalam tidur macam orang tengah sesak nafas. Bila dah cerita problem aku nih so doktor refer aku untuk amik ujian tidur.

Tak tau lagi bila tarikh sebab aku belum hantar referral letter ke klinik ni. Tak sempat nak hantar masa lepas check-up hari tu sebab aku dah lewat nak amik mak aku abis dialysis. Lepas tu aku hari-hari bz kat office. Maybe hari ahad nih baru singgah ke klinik tu.

Apa-apa pun nanti aku share kan pengalaman aku kat klinik tu ye.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…