Posts

Showing posts from May, 2017

Kenangan Ramadhan

Image
Bila masuk bulan Ramadhan nih mula lah ingat kenangan lalu kat rumah lama di Larkin. Tiba-tiba terasa macam mata ada masuk habuk pulak. Sejak lagi 2 tahun nak masuk 4 series nih makin teruk sensitifnya. Pantang dengar lagu sedih, lagu lama mula lah nak jadi cam jeli. Lagi-lagi bila masuk bulan puasa. Semua kenangan menerpa. Rumah belum ada bekalan eletrik n bila sahur guna lampu pam sahaja. Kadang-kadang terngiang2 bunyi lampu pam yang dipam oleh arwah bapak aku. Bila lepas sahur mesti arwah panggil sorg-sorg ajar niat puasa. Kenangan semua tuh. Inilah rumahnya. Dah kena roboh dah. Kitaorg menumpang jer kat sini Masa cari gambar-gambar lama nak tepek sini, aku terpandang lah gambar nih. Mula-mula tak rasa apa-apa, tapi bila zoom balik gambar nih, baru perasan masa nih kedai runcit dah nak tutup terus. Masa ni arwah bapak aku dah takda. Aku tengah belajar kat itm. Tengah habiskan stok kedai sebab nak tutup terus. Bila tengok gambar ni dengan background lagi Fatwa Punjangga tu

Resepi: Ikan Masak 3 Rasa

Image
Ikan apa aku lupa, ikan kerisi yang besar tuh kot Resepi ni aku dapat kat FB Resepi Sedap (Azie Kitchen). Kalau masak ikan camni memang fav. Mat Ayip. Bertambah-tambahlah dia makan. Memang sedap resepi ni cuma jenuh ler aku nak buang segala bawang kat sosnya tuh sebab Mat Ayip tak makan. So meh ler aku share kat sini resepi Ikan Masak 3 rasa. Resepi asal kukus tapi aku goreng ikan tuh hihihi Bahan-bahan 1 atau 2 ekor Ikan Siakap/Kerisi/Ungar or apa-apa ikan yang korang rasa sesuai 100ml air Sedikit minyak (menumis) Sedikit garam Bahan-bahan (Cincang halus) 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia muda 2 biji cili merah Bahan-bahan (dihiris halus) 1/2 kuntum bunga kantan 2 helai daun limau purut 4-5 biji cili padi Bahan-bahan  (sos) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil kicap manis 1 sudu besar jus limau nipis/lemon 2 sudu besar gula pasir Cara-cara

Telur Ikan Mayong

Image
Cuba teka apa ni? Suruh teka gambar, tapi tajuk post nih pun dah ada jawab jawapannya. Telur ikan mayong! Sapa tak pernah makan? Kesukaan aku nih. Kalau aku masak telur ikan ni, aku suka masak tak keras sebab kalau keras dah tak sedap. So masa masak memang kena betul-betul bajet masa takut dia keras telur ikan ni. Ini makan kat restoran. Lupa nak cakap nak medium rare hahaha Sekarang ni bila g pasar memang payah nak jumpa telur ikan mayong nih. Kalau dulu memang senang tak payah lah nak beli online-online nih. Satu aku tak gemar telur ikan mayong online, telur tuh berbeza ngan telur yang kita beli kat pasar. Beli kat pasar lagi sedap lah daripada yang online tuh. Maybe kat pasar fresh kan. Tapi susah nak dapat beli kat pasar. Kalau jumpa tuh kira bonus. Kat peti ais tuh ada satu pek tuh. Meh ler kita wat sahur telur tuh malam nanti. Apa-apa pun Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1438 Hijrah

Resepi: Nasi Goreng Cina

Image
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina paling mudah dan pantas untuk dimasak. Mat Ayip paling suka kalau aku masak ni. Tapi boring takmau letak sayur n telur. Adoii itu lah penyedapnya. Bahan-bahan 2 cawan Nasi  2 ulas bawang putih dihiris atau ditumbuk 2 sudu sos tiram Sayur campur/Mix Vege 1 biji telur Lada sulah (guna jenama ajinamoto) Garam Perasa tambahan (kalau suka lah) Minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan sayur campur/mix vege dan sos tiram. Masukkan garam, lada sulah dan perasa tambahan secukup rasa. Lepas tuh masukkan telur dan nasi. Goreng lama sikit biar garing sikit nasinya. Kalau nak sedap lagi letak lada sulah lagi masa goreng nasi. Lepas tuh dah boleh ngapp.

Hypoglycemia

Image
Rekod paling rendah Apa itu Hypoglycemia? Hypoglycemia terjadi apabila gula dalam darah rendah daripada paras normal. Punca Hypoglycemia? akibat pengambilan insulin berlebihan atau tidak makan, makan lambat atau makan sedikit selepas mengambil ubat. Simptom Hypoglycemia? berpeluh, rasa lapar, letih, mengiggil, rasa mengantuk, gelisah dan tidak tenteram, denyuntan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur & koma. Last year aku kena hypo yang paling rendah dalam rekod aku iaitu 2.1. Masa tuh aku kena malam nak tidur. Alhamdulilah aku tak tidur masa tuh. Tengah layan drama korea. Tetiba aku tengok wording kat ipad aku semua bergegar, mata dah kabur, badan dah mengiggil. Cuba bayangkan kalau aku dah tidur? Mesti blog nih dah berkubur. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur aku. So terus aku cek darah aku guna glucose meter aku. Bila cek memang sangat rendah 2.1 Bila-bila masa jer aku boleh jatuh pengsan. So cepat-cepatlah aku turun bawah bancuh air gula. Mak

Gema Gegar Vaganza

Image
Dah nak final hari Ahad ni Sapa tengok Gema Gegar Vaganza? Aku memang tak pernah miss tengok setiap minggu Sabtu malam Ahad. Cuma miss sekali sebab gi kenduri anak saudara aku huhu. Nasib baik ada PVR so boleh lah kita merekod. Ahad nih dah final. Final hari ahad tau sebab sabtu ada final piala FA. Kekadang meleleh airmata aku bila tengok rancangan ni. Peserta bukan setakat diberi tugasan lagu nasyid tetapi lagu-lagu mainstream. Kekadang kita tak perasan bila dengar lagu cinta jer kita ingat cinta untuk manusia sahaja. Kalau perasan lagu-lagu rock lama sebenarnya lirik-liriknya sangat deep maksudnya. Kadang-kadang ada orang tak faham, rancangan camni mesti ada drama dalam persembahan, baru boleh sampai mesej dalam lagu tuh. Personally aku harap Hijjaz menang. Memang suka dengan lagu2 nasyid Hijjaz n aku suka lagu Potret dan Rendang Tak Berbuah versi Hijjaz. Macam lagu Potret tuh abangnya si Akim tuh tulis lirik ditujukan kepada Ustaz dia yang telah meninggal dunia

Selamat Hari Cikgu!

Image
Selamat Hari Cikgu! Rasanya belum terlambat lagi kot aku nak wish Selamat Hari Cikgu kepada semua insan-insan yang bergelar Cikgu. Especially kepada akak-akak aku yang 2 orang tuh yang dapat anugerah cemerlang tuh. Tahniahhhh jangan lupa open table nanti hihihihi. Dah macam rupa doorgift orang kahwin dah Akak aku iaitu merangkap mak si Mat Ayip prepare hadiah untuk cikgu-cikgu Mat Ayip. Akak aku ni pun cikgu gak. Akak aku sediakan 14 bungkusan hadiah  untuk semua cikgu-cikgu yang ajar Mat Ayip. Isinya bekas makanan Tupperware berisi biskut Munchy dan set senduk Ikea. Senduk Ikea? sila rujuk entry ni . Actually beli senduk tu untuk doorgift anak saudara aku. Tapi jodoh dan pertemuan kan ditangan Allah dan ikatan mereka telah pun terputus ditengah jalan. So 800 set senduk tuh tersimpan lah dalam almari menunggu mereka-mereka yang bertuah. Takpun kadang-kadang amik buat pakai sendiri or bagi kat orang sebagai cenderahati. Senduk Ikea ni dah takde jual dah kat Ikea. 2 m

Selamat Pagi!

Image
Sarapan sihat Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Lama tak pergi sini

Image
Ninjago! Kali ni rasa macam rugi jer renew annual pass Legoland.  Sebabnya sejak aku renew annual pass aku bulan 9 last year, baru sekali jer aku pegi. Itu pun Legoland dry park jer. Yang Waterpark memang lama betul dah tak pegi since annual pass aku expired tahun lepas. Bila dah renew bulan 9 tahun lepas memang belum pernah pegi. Akak aku ada gak ajak tapi aku memang malas. Sebab apa aku malas, jalan jauh ok. Yang ni memang tak larat. Badan aku kalau kecik molek takpe gak hahahah. Lagilah waterpark nun jauh dihujung sana. Pastu kena naik tangga, naik bukit fuhhhh semput ok. Sebab tuh aku memang becinta nak pegi Legoland. Dari parking nak ke pintu gate Legoland nih sikit punya jauh.  Lepas tuh nak jalan-jalan kat dalam lagi Nampaknya lepas nih memang tak renew lagi ler annual pass ni unless diorg buat shuttle daripada parking ke pintu gate entrance baru aku reconsider nak renew balik annual pass ni. Tapi insya Allah esok aku cuba menapak daripada parking ke

My Intan Payung

Image
Buah hati pengarang jantung aku Geram betul ngan budak ni. Hari-hari balik kerja dok tak sabar nak peluk cium budak nih ler.  Ini gambar dia last year n masa ni umur dia 14 bulan. Sekarang dah nak masuk 2 tahun dah. Cakap pun dah pandai sikit-sikit pastu kuat makan ikut mak nombor 2 dia hihihi. Aku ler mak nombor 2 dia. Untung budak tecik ni, ramai mak n ramai orang sayang dia. Jadi anak yang solehah ye sayang. Muah, muah, muah 1000000000000000000 kali!

Fuhh seram

Image
Selamat bersarapan! Breakfast apa pagi ni? aku tak breakfast. Tengah seram nak jumpa doktor lepas ni. Pasrah jerlah ye. Kena marah ke apa ke huhuahuahua Sendiri tak jaga sendiri kena tanggung.

Makan, makan n makan!

Image
All time fav., maggi kari Mi Maggi cepat dimasak sedap dimakan. Hai lapar pulak tengok gambar ni pagi-pagi buta. Tapi maggi panas-panas camni sedap time malam-malam jer Pagi-pagi camni meh ler kita cari nasi lomak hihihih

Baju tak siappp!

Image
Hujung minggu ni aku ada wedding kat Shah Alam. Akak aku n abg ipar aku nak dapat menantu sulong. Tapi dalam family aku kiranya anak saudara menantu aku yang ke-4 ler. Kali ni wedding ni agak excited sikit sebab lama benar kitaorg tunggu majlis nih. Tiap kali dia datang umah aku dok tanya bila nak kahwin ( padahal diri sendiri pun belum ada hati nak tanya orang hahah ) masa tuh dia lom ada bf lagi sampai lah last year raya haji baru dia bagitau aku n akak aku ( makcik dia bukan mak dia ). Hujung tahun lepas diorg terus bertunang. Aku tak pegi sebab banyak hal kat JB. Letih kaki! Actually aku nak cerita pasal baju aku nih. Adoiii apa ceritaaa baju aku ni. Sampai hari ni aku tak dapat lagi baju aku. Seram oooo takut tak muat baju. Dahlah nak mencari pun payah. Pusing-pusing dalam Jakel, turun-naik tak jumpa kaler yang sama macam yang dicadangkan. Lagi-lagi pegi ngan akak aku kat gambar tuh. Aduhh cerewet. Last-last jumpa lah kat bawah, terus beli sedondon untuk rombongan fami

Selamat Hari Pekerja!

Image
Glup! Selamat hari pekerja dan selamat bercuti semua Tak tau nak letak gambar apa so aku letak lah gambar lontong huhuhuhu. Rasa lapar plak kan? Lotong RM2.50 jer ni. Makan satu nih kira just nice jer. Sebab portion dia memang ngam untuk kenyang. Ada 4 ketul hasi himpit n setengah biji telur. Kira oklah kan n dan yang bonusnya lontong nih SEDAP! Rasa lemak n rasa sambal semua balance. Lontong nih aku beli kat Taman Pulai Emas JB depan kedai runcit. Dah jual siap bungkus. Nasi Lemak dia pon sodap! RM1 je. Fuhhh takleh jadi. Nak kena cari ni huhuhu.