Skip to main content

Hypoglycemia

Rekod paling rendah

Apa itu Hypoglycemia? Hypoglycemia terjadi apabila gula dalam darah rendah daripada paras normal. Punca Hypoglycemia? akibat pengambilan insulin berlebihan atau tidak makan, makan lambat atau makan sedikit selepas mengambil ubat. Simptom Hypoglycemia? berpeluh, rasa lapar, letih, mengiggil, rasa mengantuk, gelisah dan tidak tenteram, denyuntan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur & koma.

Last year aku kena hypo yang paling rendah dalam rekod aku iaitu 2.1.
Masa tuh aku kena malam nak tidur. Alhamdulilah aku tak tidur masa tuh. Tengah layan drama korea. Tetiba aku tengok wording kat ipad aku semua bergegar, mata dah kabur, badan dah mengiggil.

Cuba bayangkan kalau aku dah tidur? Mesti blog nih dah berkubur. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur aku.

So terus aku cek darah aku guna glucose meter aku. Bila cek memang sangat rendah 2.1 Bila-bila masa jer aku boleh jatuh pengsan. So cepat-cepatlah aku turun bawah bancuh air gula. Mak aku pun terkejut bila dia dgr bising-bising kat dapur.

Lepas minum air gula sikit, aku cek lagi level gula aku. Naik sikit 3.8. Tapi masih low lagi. Tunggu dalam 1/2 jam baru naik 4.5. Kira dah paras normal lah. Baru boleh tidur.

Actually aku memang kerap kena Hypoglycemia ni. Bila jumpa doktor tengok buku rekod gula aku memang kena marah ngan doktor. Hypoglycemia lagi bahaya daripada Hyperglycemia (paras gula tinggi). Kekerapan kena hypoglycemia boleh menyebabkan masalah jantung. Lepas tuh memang boleh menyebabkan koma dan kematian.

Dua minggu lepas haritu ada appointment dengan doktor. Untuk bulan puasa ni, aku kena kurangkan suntik insulin dan kena cek kadar glucose tiap-tiap tengahari dan peka dengan simptom2 hypoglycemia.

Semoga aku dapat menjalankan ibadah puasa tahun ni dengan sempurna. Aminnn

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Selamat Pagi!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Langit Petang

Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.