Resepi: Ikan Masak 3 Rasa

Ikan apa aku lupa, ikan kerisi yang besar tuh kot

Resepi ni aku dapat kat FB Resepi Sedap (Azie Kitchen). Kalau masak ikan camni memang fav. Mat Ayip. Bertambah-tambahlah dia makan. Memang sedap resepi ni cuma jenuh ler aku nak buang segala bawang kat sosnya tuh sebab Mat Ayip tak makan. So meh ler aku share kat sini resepi Ikan Masak 3 rasa. Resepi asal kukus tapi aku goreng ikan tuh hihihi

Bahan-bahan
1 atau 2 ekor Ikan Siakap/Kerisi/Ungar or apa-apa ikan yang korang rasa sesuai
100ml air
Sedikit minyak (menumis)
Sedikit garam

Bahan-bahan (Cincang halus)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan-bahan (dihiris halus)
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan-bahan  (sos)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
2 sudu besar gula pasir

Cara-cara
- Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit serbuk dan goreng sampai masak.
-  Kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit
- Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum masukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata.
- Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air, dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.
- Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji

Bulan 2

Hasil Menabung