Selamat Hari Cikgu!

Selamat Hari Cikgu!

Rasanya belum terlambat lagi kot aku nak wish Selamat Hari Cikgu kepada semua insan-insan yang bergelar Cikgu. Especially kepada akak-akak aku yang 2 orang tuh yang dapat anugerah cemerlang tuh. Tahniahhhh jangan lupa open table nanti hihihihi.

Dah macam rupa doorgift orang kahwin dah

Akak aku iaitu merangkap mak si Mat Ayip prepare hadiah untuk cikgu-cikgu Mat Ayip. Akak aku ni pun cikgu gak. Akak aku sediakan 14 bungkusan hadiah  untuk semua cikgu-cikgu yang ajar Mat Ayip. Isinya bekas makanan Tupperware berisi biskut Munchy dan set senduk Ikea.

Senduk Ikea? sila rujuk entry ni. Actually beli senduk tu untuk doorgift anak saudara aku. Tapi jodoh dan pertemuan kan ditangan Allah dan ikatan mereka telah pun terputus ditengah jalan. So 800 set senduk tuh tersimpan lah dalam almari menunggu mereka-mereka yang bertuah. Takpun kadang-kadang amik buat pakai sendiri or bagi kat orang sebagai cenderahati. Senduk Ikea ni dah takde jual dah kat Ikea. 2 minggu lepas aku gi Ikea kat Mutiara Damansara tak jumpa senduk ni. Dah alang-alang ada kat umah so meh ler bagi kat cikgu-cikgu Mat Ayip.

Al-Fatihah kepada arwah abangku yang juga seorang bekas pendidik.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat