Gema Gegar Vaganza

Dah nak final hari Ahad ni

Sapa tengok Gema Gegar Vaganza? Aku memang tak pernah miss tengok setiap minggu Sabtu malam Ahad. Cuma miss sekali sebab gi kenduri anak saudara aku huhu. Nasib baik ada PVR so boleh lah kita merekod.

Ahad nih dah final. Final hari ahad tau sebab sabtu ada final piala FA.

Kekadang meleleh airmata aku bila tengok rancangan ni. Peserta bukan setakat diberi tugasan lagu nasyid tetapi lagu-lagu mainstream. Kekadang kita tak perasan bila dengar lagu cinta jer kita ingat cinta untuk manusia sahaja. Kalau perasan lagu-lagu rock lama sebenarnya lirik-liriknya sangat deep maksudnya.

Kadang-kadang ada orang tak faham, rancangan camni mesti ada drama dalam persembahan, baru boleh sampai mesej dalam lagu tuh.

Personally aku harap Hijjaz menang. Memang suka dengan lagu2 nasyid Hijjaz n aku suka lagu Potret dan Rendang Tak Berbuah versi Hijjaz. Macam lagu Potret tuh abangnya si Akim tuh tulis lirik ditujukan kepada Ustaz dia yang telah meninggal dunia.

Hijazz - Potret
Separuh Akhir Gema Gegar Vaganza

So jangan lupa Ahad nih. Final Gema Gegar Vaganza di Astro Maya dan Oasis
Kalau tak ada Astro boleh jer tengok kat Youtube. Astro tak lokek. Ada live kat Youtube tapi janji kena follow Youtube AstroGempak.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah