Tolonglah kami tak niat nak bersaing dengan kamu
Mesti pelik dengan tajuk kat atas tuh kan? Aku sebenarnya sampai sekarang tersangatlah kecewa atas apa yang telah terjadi. Salah kami ke? Macam tak percaya pulak bila benda ni jadi. Aku tertanya-tanya apa motif sebenarnya sampai sanggup bertindak macam tuh. Tak malukah pada 'orang-orang lain 'yang sekarang nih banyak bercerita pasal 'orang kita'. Mungkin sekarang nih cerita nih telah menjadi bahan cerita 'orang-orang lain' tersebut dalam sibuk mengembangkan perniagaan mereka.
Cerita detail? oh tidak. nanti kalau 'manusia tersebut' jumpa blog ini tak sanggup nak berperang lagi walaupun takda lah macam perang sangat pun masa tuh.
Itulah manusia bila terlalu sangat berkira tentang sesuatu sehingga terlupa yang mereka juga pernah buat sesuatu yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengecilkan hati 'manusia yang teraniya' itu.
Tetapi perkara yang terjadi ini bukanlah sesuatu yang salah hingga menyebabkan 'manusia tersebut 'bertindak dangkal. Malah 'manusia yang teraniya' itu mempunyai hak yang memang tidak boleh disangkal lagi. Apa-apa pun nasi sudah menjadi bubur. Perlakuan 'manusia tersebut' ibarat membuka pekung di dada dan menampakkan kebodohan 'manusia tersebut' itu. Tidak kah 'manusia tersebut' malu jika 'manusia-manusia yang lain' yang berada di sekitar tahu mengenai perkara tersebut.

Oh jangan bimbang kerana 'manusia yang teraniya' itu bukan jenis bercerita dengan 'manusia-manusia lain' yang berada di sekitarnya. Tapi tak tahu lah sebab ketika kejadian itu berlaku ramai 'manusia-manusia yang lain' dan orang-orang lain berada di tempat kejadian dan jangan salah kan mereka-mereka ini jika perkara ini tersebar kepada manusia-manusia yang lain kerana manusia-manusia yang lain dan orang-orang lain tersangatlah pelik dan hairan bila perkara ini berlaku.
Biasalah kadang-kadang ada manusia bila dah senang dan kaya mulalah bongkak dan angkuh. Bukan niat 'manusia teraniya' itu ingin menyaingi 'manusia tersebut'. Setiap manusia mempunyai keinginan masing-masing. Tapi jika 'manusia tersebut' merasakan 'terancam' dengan 'manusia teraniya' tersebut hingga sanggup berbuat mcmtuh, amatlah malang sekali.
Jangan bersikap angkuh dan bongkak. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik kekayaan dan rezeki yang telah Dia berikan kepada kamu wahai 'manusia tersebut'.
Akhir kata buat baik berpada-pada buat jahat jangalah sekali. Jika takmau dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai dan jika tak reti nak duduk rumah yang melekat pegilah beli rumah banglo kerana anda kan KAYA!
p/s: yang last sekali tuh mmg pantun tak jadi hik hik
Comments
Post a Comment