Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 anak2 yatim mangsa tanah runtuh di Hulu Langat

Actually arini aku agak bz cos ada kenduri tahlil n doa selamat kat rumah aku. Aku mmg tak bukak tv or internet bz tolong akak aku masak, menghidang n mengemas (walaupun arini kopak RM40 bayar upah ngemas umah kurang sikit ler keje aku walaupun dapur stillll bersepah). So aku tak tau lah apa2 berita terkini. Aku tau pun masa lepas maghrib bila aku curi2 bukak facebook sbb nak main cityville n tgk kat FB Berita Harian pasal kejadian tanah runtuh kat Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis.

Petikan berita daripada Berita Harian yg dipetik daripada BERNAMA :-

24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. 
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
 

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA 


Gambar ihsan daripada Berita Harian

Sedih n sebak bila aku tgk picture nih. Terkulai tangan budak2 tuh. Yang baju hijau tuh mcm tersepit kepala kat tiang. Yang baju oren tuh masih hidup lagi. Penyelamat n orang ramai tgh berusaha untuk keluarkan dia. ada banyak lagi picture tragedi nih nak tgk klik sini.

Takleh tulih2 banyak2 sbb skrg nih aku terlalu sensitif. Sedih bila baca tragedi2 mcm nih mesti sebak jer dada aku. Aku doakan semoga anak2 yatim ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih