Posts

Showing posts from December, 2011

Sayonara 2011

Image
Macamana azam tahun lepas? dah tercapai? aku mmg takde azam sbb aku tak suka berazam2 nih. sbb mmg aku tak pernah nak capai apa yg aku azamkan. so lebih baik jgn berazam. buang masa tenaga otak aku jer memikir apa yg aku nak azamkan. skrg nih cepat jer kan masa berlalu? mcm tak terasa plak dah masuk tahun 2012. umur aku pun makin naik lagi tahun nih. boleh tak tak payah naik? (boleh tapi masuk kubur lah). tadi pagi akak aku tanya brp umur aku. bila aku ckp 32 dia terkejut. aikk tak tau ke umur adik sendiri (takpe anak ko ramai susah nak igt kan. so aku maafkan).  yer aku da 32. taun depan masuk 33. mak aku mcm risau jer aku nih tak laku2. kadang2 bila dia terlupa yg bab nih sgt sensitif kat aku nanti dia tanya2 lah. kalau dulu mmg aku tak ske org tanya. tapi bila aku da msk usia senja nih (senja lah sgt) aku da tak kisah. relax jer. aku anggap soalan yg org tanya tuh mcm pelayan McD' tanya aku nak makan apa.  ko tak takut ke org cop ko anak dara tua tak laku?  org nak

Sepi itu tak indah!

Image
Pernah tak korg tetiba rasa sayu jer hati. pastu korg rasa sekeliling korg sepi, senyap n sunyi? pastu hati rasa sebak jer. pantang tgk cerita2 yg sedih2 mesti meleleh airmata? pernah tak korg rasa mcm tuh? actually da setahun lebih aku tak rasa mcm tuh. masa aku duduk berdua aje ngan mak aku mcm tuh lah aku rasa hari-hari. bila hari kerja time petang rasa empty jer bila anak saudara aku azwa balik (mak aku jaga dia sejak umur 1 tahun bila parents dia pegi keja) n time weekends plak bila akak n abg aku n anak2 diaorg balik lepas ziarah mak aku. masa tuh mmg zasss perasaan sayu tuh dtg dgn tiba2. bila time raya pun sama. bila petang raya jer mmg sunyi jer rasa bila adik beradik aku da balik umah or kg wife/husband masing2. aku pernah menangis bila ayip n akak aku balik rumah diaorg semula. masa tuh mmg aku down n sedih sgt2 sbb utk beberapa bulan rumah aku riuh ngan telatah ayip. dia baru nak belajar jalan time tuh. Allah jer yg tahu mcm mana sedihnya ati aku time tuh bila diaorg ami

Allhamdulilah rezeki

Image
antara tempahan org 2 hari nih akak aku bz amik tempahan 10 ekor rosemary roasted chicken stuffed with potato. allhamdulilah rezeki. actually mmg tak terpikir langsung pun nak wat bisnes nih. akak aku cuma amik tempahan kawan2 dia je n aku cuma tolong apa2 yg patut. takde lah susah sgt buat roasted chicken nih. aku ada post resepi roasted chicken nih kat sini . selain 10 ekor ayam tuh. kawan akak aku juga tempah kuah kari utk makan ngan roti jala. tapi roti jala nya tempah kat org lain. cuma kuah kari jer akak aku buat. rabu lepas plak masak nasi beriani, ayam masak beriani n daging masak merah utk kenduri doa selamat kat umah abg aku. yg nih aku tak tolong sbb aku keje (dalam hati allhamdulilah! haha jahat aku). kitaorg nih actually amatur jer. nak buat bisnes katering betul2 payah sikit sbb akak aku n aku ada keja tetap yg lain so mmg ikut kerajinan. tgh nak packing antara tempahan yg pernah akak aku n aku amik ialah nasi n lauk pauk, nasi beriani n lauk pauk, kuih popia

Edisi Photo: Langit Biru

Image
jalan Johor Bahru - Pontian mmg cantik sgt2 pemandangan kat sini kalau cuaca baik n langit membiru. nak2 bila nak dekat simpang Pulai Spring Resort - Sri Pulai - Pulai Perdana. mmg  cantik sgt2 bila nampak gunung pulai. n view time senja pun marvelous betul. kuasa Allah. mode: suka

roti bakar hangus

Image
sodap jugak walaupun hangus Skrg nih cepat jer masa berlalu kan. kejap jer dah jumaat. tinggal berapa hari jer lagi nak sampai 26/12. adehh semakin hari rasa mcm makin sebak jer bila igtkan tarikh tuh. hopefully aku dpt kontrol emosi aku time tuh. lepas nih raya utk beberapa tahun tak brp nak lengkap sbb abg aku n family dia takde. walaupun kadang2 dia tak raya kat umah aku cos gilir2 balik kg wife dia tapi still berbeza. beribu2 batu jauhnya. next year plak tiap2 bulan dari bulan 1 - 4 aku ada appointment kat klinik pakar HSA. boring. dah 2 hari dalam minggu nih aku bangun pukul 5.30 pagi sbb nak keluar rumah pukul 6.15 pagi mengejar parking kat HSA. rasa mcm letih jer. kalau ikutkan hati malas nak pegi tapi demi kesihatan diri sendiri aku kena kuatkan semangat. tapi apa2 pun allhamdulilah. 1st appointment ngan gynecologist berjalan lancar. ultrasound yg dibuat tak nampak rahim aku ada fibroid (sbb aku da lama tak period). maybe sbb hormon aku kot. tuh yg kena tunggu result b

tolonglahhhhhh

boleh tak jgn tambahkan lagi masalah aku??? aku da ada byk masalah kat opis. dgn kerenah bos yg tah apa2 lah n aku nak kena pikir pasal penyakit aku lagi. taun depan aku byk cuti sbb sakit aku. kompem bos aku membebel. kat mana lagi aku nak pegi. kalau semua tempat buat hati aku tak tenang, risau. rasa mcm nak mintak Allah tarik jer nyawa aku. seriously aku mcm da give up.  hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm Ya Allah berikan lah aku kekuatan utk aku hidup dan kuatkan lah iman aku...

Rahsia photo2 dlm blog saya lawa

Image
Puteri Harbour, Nusajaya. Tajuk tak boleh blah. perasan nak mampus photo aku lawa hahahhaha. tapi peduli apa aku. bila nak rasa masuk bakull angkat sendiri kan? heheh ok rahsianya? aku guna kamera handphone jer. tak caya? betul aku tak tipu aku guna camera hp jer. aku tak mampu nak beli kamera mahal2. mmg hajat kat hati tuh nak beli kamera DSLR lepas compact digital kamera aku mengalami kegagalan fungsi di Istanbul. frust ok masa tuh. nasib baik akak aku ada bawak kamera dia kalau tak aku ambik gambar guna hp Norkiah 73 aku tuh. N73. byk jasa hp nih pada aku masa aku gi umrah/ziarah Istanbul arituh aku tak bawak hp yg skrg nih aku pakai. masa tuh baru beli so sayang lah. takut ilang. hehehe. so aku bawak lah hp lama aku nih kak Norkiah 73 nih. punyalah aku sorok2  amik gambar masa kat Masjidil Haram. rupa-rupanya takde sekatan amik gambar dalam Masjidil Haram tuh. tak mcm dulu. berbalik pasal rahsia photo2 aku yg terang benderang tuh nak tau aku guna hp apa? aku guna hp ni

Staff Lunch

Image
Lamb Chop aku! Walaupun bos aku muka dia garang tapi sbnrnya dia baik. kadang2 bila dia marah tuh boleh sentap jugak tapi nak buat camano kan? dah kita kuli dia bos. aku da keje nak dekat 10 taun ngan dia dari firm lama sampai lah ke firm skrg nih. masa aku tunggu spm, stpm n musim tanam anggur dulu aku mmg tak keje. aku keje ngan akak2 n abg2 aku je. mcm2 keje aku buat utk abg n akak aku. mcm jaga anak saudara aku dpt RM30, gosok baju akak aku 5 hari seminggu RM10 x 4 dah RM40, gosok baju abg aku sebulan dpt RM50, tolong buat assignment abg aku dpt RM150 sekali buat wakakakakak, belum cuci kereta lagi dpt RM10 (melampau tull kan aku dah lah air mak aku yg bayar). so aku agak 'mewah' gak lah masa zaman remaja dulu. nak buat camner kan. dah aku lahir yg paling last sekali. plak tuh akak2 n abg2 aku dah kerja. masa tuh lah nak pau duit diorg. wakakakaka lagi sekali. ok sambung cerita pasal boss aku. ehehe. lepas jer grad aku takde keje ada lah lebih kurang 3 bulan aku ta

Bon Voyage

Image
azwa n zakuan. surely will miss 2 org budak nih Actually berat aku nak taip post kali nih. adess belum apa2 air mata aku da start mengalir nih. sejak 2 menjak nih aku sgt lah sensitif. cepat terasa. dah tua kot. yelah sejak masuk umur 30-an nih aku cepat tersentuh n air mata aku cepat sgt bergenang walaupun aku cuma baca berita kat paper. padahal berita kat paper tuh takde lah sedih sgt. so kekadang aku mengelak tgk cerita drama2 kat tv sbb takut malu terkantoi nangis depan akak n mak aku.  12 hari lagi abg aku n family dia akan fly ke Shanghai utk 3 tahun sbb ikut wife dia kerja kat sana. sebak hati aku bila tgk 12 hari tuh da tak lama lagi. aku rapat sgt ngan anak buah aku, azwa. dia patutnya masuk darjah 1 next year tapi dia akan start sekolah dgn grade 1 kat Shanghai. mcmana aku tak sebak mak aku start jaga azwa masa umur dia 1 tahun. so hari2 bila aku pegi kerja n balik kerja aku akan jumpa azwa. abah n mak dia hantar dia ke rumah aku pagi2 pukul 6.30 so masa dia tadika 2

Sebelum ko curi baik aku ambik dulu!

Image
sambungan dari post Penantian 6 tahun yg agak sia2 . muda pun muda lah janji aku yg dpt baru aku tau nape org geram sgt tgk buah pelam umah aku. rupanya pelam aku nih membesar bagai johan. kakak aku byk bagi makan calsium kot. sebelum kena sebat ngan org pelam nih baik amik dulu. mak aku nak peram kat dalam umah jer. kalau tak petik nih kompem boleh membesar lagi. tapi nak buat camner area umah aku byk sgt tangan gatal. daripada kempunan petik ajer lah. muda pun muda lah! skrg menunggu pokok anggur plak berbuah. hehehe tapi nih kat dalam pagar ye tangan2 gatal ko tgk dari luo jer lah. jgn ko panjat pagar umah aku udah lah ye.

Tak sabar tunggu Legoland bukak!

Image
parkmap Legoland Malaysia Baru-baru nih aku ada baca paper yg Legoland Malaysia dah siap 40% n dijadualkan akan dibuka akhir tahun 2012. So aku bukak lah website Legoland Malaysia nih nak tgk perkembangan Legoland nih n aku jumpa lah parkmap kat atas nih. wahhh tak sabar ok! mcm tak sabar tunggu JPO bukak. akhirnya kat JB nih ada lah tempat nak bawak sedara mara or kawan2 yg dtg dari luar johor. kalau tak tak abih2 pegi Danga Bay yg tah apa2 tuh. dulu Danga Bay sgt happening ok tapi skrg nih tak tau lah nak ckp camner. aku pun da lama tak pegi Danga Bay. last pegi masa makan kat rumah limas. skrg tah mana rumah limas tuh pegi. so sadddd. enuff pasal Danga Bay sambung cerita pasal Legoland plak.  lebih kurang camnilah entrance Legoland Malaysia  Legoland Malaysia nih akan dibahagikan kepada 7 tema iaitu antaranya Lego City, Miniland, Land of Adventure, Imignation dan Lego Kingdom. harga tiket Legoland nih plak RM140 utk dewasa dan RM110 utk kanak-kanak. n ada rebat RM30

Alhamdulilah

Image
fav. aku nih *drools* Sajer jer aku letak gambar kat atas nih. tadi balik kerja penat, dgn jem pastu ikut shortcut yg tak berapa nak shortcut sbb nak larikan diri dari jem. yelah aku bawak kereta manual bukan kereta auto mcm korg. so kena lah cari jalan alternatif yg lain walaupun jauh sikit. sekali sampai umah masuk dapur tgk ada plak LAKSA JOHOR . rasa mcm nak nangis jer. makanan favorite aku tuh! Allhamdulilah! terima kasih mak sbb suruh akak aku masak laksa nih n terima kasih kat akak aku sbb ikut ckp mak aku hehehe. itulah kelebihan org single yg duduk ngan family. jangan jelous ngeeeee nih laksa johor guna ikan parang. mmg marvelous ok! mak aku teringin nak makan so akak aku lah yg masak aku tumpang sekaki jer hihihi sapa2 nak cuba masak laksa johor nih boleh refer post nih . aku pernah post resepi laksa johor n resepi nih dijamin sedap.

Edisi Video: Pagi di Makkah

Masa nih aku tgh tunggu bas kat bawah hotel yg akan bawak rombongan umrah pegi melawat2 kawasan bersejarah sekitar Makkah. masa nih aku tak berapa sihat. demam n selsema. mcm aku cerita dalam post nih . masa nih pukul 6.30 pagi n background mengaji tuh adalah dari kedai belakang aku. rindunya suasana kat Makkah

Terima Kasih Allah

Image
happy birthday to me! Alhamdulilah, aku masih bernafas lagi didunia Allah nih. terima kasih Allah kerana aku masih dapat lagi melihat dunia indah ciptaan-Mu dan masih dpt mendengar kicauan burung yg berterbangan. terima kasih Allah kerana menjemputku menjadi tetamu-Mu. sesungguhnya pengalaman itu adalah pengalaman yg aku takkan lupakan sepanjang hidup aku. terima kasih Allah kerana berikan aku ketenangan, limpahkan aku dgn rezeki-Mu dan kesihatan aku dan family aku. terima kasih utk mak aku yg susah payah melahirkan aku 32 tahun yg lepas. mak aku masuk spital seminggu ye sebelum lahirkan aku. sbb darah tinggi yg melampau. lepas balik dari spital 2 hari msk balik sbb sakit nak lahirkan aku. padahal due lmbt lagi. tapi anak dia nih tak sabar nak keluar sbb kesian kat mak dia menanggung sakit akibat darah tinggi tuh. terima kasih pada arwah ayah aku kerana menjaga dan membesarkan aku selama 18 tahun 8 bulan. yg bersusah payah kerja hingga saat2 akhir hayat arwah menyediakan k

Tempat Shopping yang bakal membangkrapkan anda sudah DIBUKA!

Image
mari menghabiskan duit! Akhirnya! buka jua tempat shopping terbaru kat johor nih. igtkan projek nih akan jadi projek terbengkalai. tapi tekaan aku silap. lagipun tempat shopping nih bukan calang2 company yg bangunkan kan? Actually Johor Premium Outlets nih di buka pada 1/12/2011 arituh. tapi per invitation aje. n start 2/12/2011 baru dibuka utk orang ramai. so smlm aku tak lepaskan peluang pegi JPO. nak tgk gak apa benda ada kat JPO nih kan. sbb sejak 2 menjak nih ramai org ckp pasal tempat nih. nak tau gak. murah ke? sama murah ke kat oulets dia kat overseas. so awal2 pagi aku da plan ngan akak aku utk pegi pagi2 sbb mesti ramai org kan. tak kuasa aku berebut parking. lepas siap2 masak semua aku, ayip, akak aku n kawan aku bersama anak dia lebih kurang pukul 10 pagi bertolak dari rumah. dari umah aku tak berapa jauh. dalam 20km. mcm nak pegi kerja tapi kalau kerja menuju ke bandar tapi utk ke JPO aku menghala ke kulaijaya. Dalam pukul 11.00 sampai lah aku ke JPO nih. kereta dah