Tak sabar tunggu Legoland bukak!

parkmap Legoland Malaysia
Baru-baru nih aku ada baca paper yg Legoland Malaysia dah siap 40% n dijadualkan akan dibuka akhir tahun 2012. So aku bukak lah website Legoland Malaysia nih nak tgk perkembangan Legoland nih n aku jumpa lah parkmap kat atas nih. wahhh tak sabar ok! mcm tak sabar tunggu JPO bukak. akhirnya kat JB nih ada lah tempat nak bawak sedara mara or kawan2 yg dtg dari luar johor. kalau tak tak abih2 pegi Danga Bay yg tah apa2 tuh. dulu Danga Bay sgt happening ok tapi skrg nih tak tau lah nak ckp camner. aku pun da lama tak pegi Danga Bay. last pegi masa makan kat rumah limas. skrg tah mana rumah limas tuh pegi. so sadddd. enuff pasal Danga Bay sambung cerita pasal Legoland plak. 

lebih kurang camnilah entrance Legoland Malaysia 
Legoland Malaysia nih akan dibahagikan kepada 7 tema iaitu antaranya Lego City, Miniland, Land of Adventure, Imignation dan Lego Kingdom. harga tiket Legoland nih plak RM140 utk dewasa dan RM110 utk kanak-kanak. n ada rebat RM30 utk pemegang mykad. mahal ek? pada aku mmg mahal lah. kalau satu family tuh ramai anak mmg masak lah nak membayarnya. tapi pada aku tuh mmg standard lah kot harga mahal mcm tuh. kat mana2 kat dunia nih kalau international theme park mmg standard harganya. mahal. masa aku gi Universal Studio Singapore tuh dah kena RM150++ (ikut rate money exchange). aku tgk berderet jer org malaysia pegi bawak anak2. takkan negara sendiri punya tak nak suppport kan? kalau nak tau info dgn lebih lanjut pasal Legoland Malaysia nih boleh lah baca sini dan website Legoland Malaysia nih sendiri. kat website tuh ada info pasal tiket, annual pass n aktiviti2 yg ada kat Legoland Malaysia tuh. aku tinggalkan ngan beberapa gambar yg aku cilok dari the sun daily n website Legoland Malaysia tuh sendiri.

GM Legoland Malaysia. aku dgr gigih dia belajar bahasa malaysia
nih rupanya roller coaster yg aku nampak dari roundabout nusajaya tuh
A bridge takes you inside the giant castle, the trademark of LEGO KINGDOMS -
petikan dari website Legoland Malaysia
nih plak utk Land of Adventure. kontraktor tgh gigih buat benda nih
lupa plak kumpulan sasaran Legoland Malaysia nih utk kanak-kanak dalam lingkungan umur 3-12 tahun ye. ada lagi 2 lagi theme park yg dalam perancangan Iskandar Malaysia nih tapi tah bila lah siapnya agaknya ye.

Samb: Aku ada baca komen2 org kat facebook. tiket mahal lah, kat oversea lagi murah lah. come on lah cuba korg goggle brp harga tiket masuk Legoland kat overseas. contoh Legoland Florida 1 day pass USD75 utk dewasa n USD65 utk kanak2. cuba korg convert ngan duit RM dah brp kan? dah namanya International Theme Park mestilah mahal. for sure diorg kena bayar royalti lagi kan? ada yg aku baca igt tiket harga RM10 - RM50. kalau g fun fair boleh lah nak harga mcm tuh. tuh pun tak berbaloi. sbb kadang2 terlebih bajet. yelah cuba korg kira kalau gi fun fair masuk jer dah RM8. belum lagi nak naik rides dia or apa2 permainan kat situ. satu rides ada yg sampai RM10 n ada yg RM15 pun ada. cuba kalau korg naik 10 rides dah brp? kat Legoland nih ada 40 rides n kalau nak naik 18 kali pun takpe.

aku pun bukan org senang. kalau aku jadi parents mmg pikir 2-3 nak bawak anak2 g sini. tapi kalau nak bergembira dgn anak2 apa salahnya. boleh start menabung dari skrg kan.

Comments

  1. kalau ikutkan.harga dia still murah kut tapi still standard for international t.park.. ticket universl studio lagi mahal tp x der pun porg complain... by da way org malaysia dapat diskaun my card kan..so why not... by da way..mesti ramai org johor n singapore beli annual pass.. sngat untung

    ReplyDelete
  2. yup betul tuh ticket uss lagi mahal. annual pass mmg berbaloi2 rm195 for adult n rm150 for children. online ticket pun dah bukak apa lagi meh pakat ramai2 booking annual pass!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah