Resepi: Mee Rebus Johor

ini version Mee Rebus Tulang
So mcmana puasa hari nih. ada ok tak? hari ni nak share satu resepi famous dari johor iaitu Mee Rebus!. Mee rebus nih powernya terletak pada kuah dan jugak kerak rangup yg ditabur kat atas mee rebus tuh. ditambah pula kalau mee rebus tuh ada tulang. adehhhh time puasa boleh terigt benda2 mcm nih plak. so sapa2 yg nak cuba tuh boleh cuba lah yer ngan resepi kat bawah nih. selamat mencuba!

Bahan-bahannya:-

1kg Mee kuning (dicelur)
Tauge
daun sup (dihiris)
daun bawang (dihiris)
cili merah (dihiris)
tauhu goreng (dihiris)
bawang goreng
telur rebus (dipotong dua)
limau kasturi

bahan utk kuah

2 sudu besar ketumbar
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintah manis
(semua bahan2 kat atas nih dikisar)

300 gm daging (cincang)
(kalau suka nak pakai tulang pun boleh tapi rebus dulu yer bagi lembut)
200 gm tetel (tau tak tetel tuh apa? lemak lembut campur ngan daging sikit2)
300 gm keledek
250 gm udang basah
5 suduh besar tauchu
1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2cm lengkuas (diketuk)
1/2 cawan minyak masak
Garam, gula & air secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. masukkan daging cincang, tetel & udang (kalau tulang masukkan tulang n air rebusan tulang jgn dibuang boleh guna). gaulkan supaya bercampur rata. kemudian masukkan kacang tanah, keledek, serai, lengkuas, air (rebusan tulang kalau ada), garam, gula & tauchu. kacau selalu supaya tidak hangit. bila sudah masak boleh lah dihidangkan.

tau tak camner nak hidangkan mee rebus nih? caranya masukkan sikit mee yg dah dicelur tadi dalam mangkuk. masukkan sikit tauge, tauhu goreng, daun bawang, daun sup, cili merah, telur rebus. pastu tuangkan kuah dan tabur bawang goreng n perahkan limau. pastu perghhhhhhh sodap!!!

@sumber resepi: Johor Tourism 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah