Alhamdulilah
gambar yg dicilok dari FB anak saudara aku |
Alhamdulilah... syukur ke hadrat Allah. Semua yang berlaku dalam family aku 2 minggu nih mmg satu ujian dari-Nya. bagaimana kasihnya anak2 kepada ibunya. Lama kan aku tak berblog. last week mmg betul2 menguji jiwa n perasaan aku. Barulah skrg ni aku rasa lapar bila berbuka n berselera bila nak bersahur. kalau tak tekak aku nih rasa kenyang jer. makan apa2 pun tak habis. takde selera. Last week mmg aku berkampung kat hospital. balik rumah pun malam je pukul 12 mlm baru sampai rumah n ada yg kadang-kadang pukul 1 pagi baru sampai rumah. n ada yg tak balik langsung sbb tidur hospital. Mak aku sakit. sakit dari sabtu pertama puasa haritu. masa first day puasa tuh mak aku ada mengadu ngan aku yg dia sakit perut. aku plak boleh ckp maybe gastrik je tuh. tapi mak aku ckp maybe buah pinggang dia yg sakit. tapi dia teruskan jugak berpuasa. bila dah pukul 4 tuh keadaan dia da makin teruk. dia menggigil n mula berilusinasi (akibat kekurangan gula) terus suruh dia buka puasa. apa lagi masa tuh aku n akak aku terus call adik beradik aku yg lain. mintak dtg rumah.
Dipendekkan cerita lepas adik beradik aku dtg rumah kitaorg pujuk mak pegi klinik. kitaorg pegi lah satu klinik kat Taman Sri Pulai. tak mau ckp klinik apa. tapi cluenya masa cuti 1st ramadhan klinik tuh jer yg bukak. layanan klinik tuh mmg betul2 hampeh. byk yg aku dgr komplen pasal klinik nih. dr. dia tah apa2 lah. nak marah plak. bukannya ko tuh puasa pun kalau aku dtg time2 dekat nak berbuka. pastu stetoskop bukan nak letak kat dada mak aku pun tgk camner pernafasan mak aku. sbb mak aku masa tuh mcm susah sgt nak bernafas. pastu ckp takde sakit apa2. mcm hampeh kan. bagi referral letter ke HSA pun sbb kitaorg yg mintak.
Malam tuh bila dia tgk anak2 dia semua (yg kat JB je) dia mcm ok sikit. tapi bila nak tidur dalam pukul 1 tuh dia kena lagi. perut dia sakit mcm ditikam2. sedih sgt tgk keadaan mak aku time tuh. so akak aku n aku dah risau. telefon abg aku n igt nak bawak gi spital terus. tapi dia tak mahu. dia tahankan sakit tuh. bila time siang (hari ahad) sakit dia dah kurang sikit. tapi bila msk maghrib jer sakit dia mula menyerang kembali. so kitaorg pun pegi klinik lain plak kali nih kat area dekat2 ngan Pulai Perdana. dr. ckp paru2 mak aku byk air. sbb tuh dia susah nak bernafas. so dia bagi ubat utk keluarkan air. but kalau tak kurang gak kena terus pegi spital. esoknya keadaan dia tetap sama. mmg risau2. betul2 risau n mak aku plak tak berapa suka kan spital. sampai kitaorg call akak aku yg kat KL tuh balik tolong pujukkan mak aku. tah camner hari Selasa baru dia lembut hati nak pegi.
Oleh kerana mak aku ada sejarah buruk masa buang fibroid kat GH 24 tahun yg lalu (punca kenapa dia takut msk spital) so akak2 n abg aku bawak dia pegi KPJ Johor Specialist Hospital (JSH). terus bawak dia ke ER sbb dia masih tuh menanggung sakit kat perut n susah nak bernafas. doktor2 kat situ ckp lah yg sakit tuh ada kaitan ngan buah pinggang. aduhh nyesalnya aku tak dgr ckp mak aku masa mula2 dia sakit tu. yelah bila aku jmp dr. yg biasa follow up kat pakar HSA tuh. dia ckp ok makcik. asik2 ok jer. so aku igt buah pinggang dia ok. tapi nak wat camner. takleh salahkan pakar HSA gak sbb diorg pun ada byk sgt patient so mmg tak boleh tumpukan pada satu2 lah kan. aku plak terus amik half day haritu nak tgk mak aku.
tempat aku berkampung minggu lepas |
Lepas 4 jam kot kat ER tunggu katil kosong baru mak aku di bawa ke wad High Dependency Unit (HDU) dr. ckp kena masuk wad tuh sbb nak pantau keadaan mak aku. kalau mak aku ok baru boleh msk wad biasa. tapi 5 hari jugak lah mak aku kat wad HDU tuh dari hari selasa sampai lah ke ahad. n hari jumaat plak mak aku kena operate plak. buang batu yg ada kat salur kencing dia. takdelah belah2 tapi cuma masukkan kamera dari salur kencing dia. buang batu dari situ. fungsi buah pinggang mak aku mmg dah limited so mak aku kena 2x dialysis. aku tabik mak aku sbb semangat mak aku sgt kuat. Allah beri dia kekuatan nak hadapi semua nih. yelah semua anak2, menantu, cucu n saudara mara dia dtg tgk dia. kecuali yg kat shanghai tuh je lah. risau sgt abg aku. setiap jam asyik telefon tanya khabar je. bila keadaan mak aku da ok, hari ahad mak aku dipindahkan ke wad biasa. masa kat HDU dulu tak boleh tunggu mlm waktu melawat pun sampai pukul 12 malam je n boleh msk dua org pada satu2 masa. so bila kat wad nih kena lah tidur spital temankan mak aku sbb nurse bukan kat depan mata mcm kat HDU. merasa gak lah aku tidur spital walaupun bukan sebagai pesakit.
Alhamdulilah, lepas seminggu mak aku dah boleh discharge. cuma pas nih kena follow-up balik kat GH lah. Andai kata mak aku kena dialysis permanent mmg kena dpt report dari dr. spital kat GH. yelah anak2 dia byk yg keje gomen, so boleh cover sekali utk dialysis tuh. Terima kasih lah pada nurse2 kat ER, HDU n Surgical Ward. terutama nurse2 kat HDU (sbb kat situ paling lama) layanan dan perkhidmatan yg kamu berikan sangat baik. Terima kasih jugak kat doktor2 yg rawat mak aku, dr. lee, dr. tong, dr yudi n dr. roslan. walaupun bilnya agak errrrr tapi takde satu nilai pun yg boleh diganti dengan kasih sayang 8 org anak terhadap ibunya.
ibu n bapa adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita. takde satu benda pun kat dunia nih yg dapat diganti dengan kedua ibu bapa kita. aku da kehilangan seseorang 14 tahun yg lepas. aku tak nak kehilangan seorang lagi. kitaorg sanggup berusaha buat apa sahaja utk mak. walaupun 'itu' tetap akan datang tapi Allah menyuruh kita berusaha kan? berusahalah selagi kita mampu.
Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkan lah umur ibu ku. Kau jauhkan lah dia dari bala dan bahaya. Kau berikan lah kesihatan yang sempurna buat ibu ku dan pulihkan lah dia dari segala penyakit. Amin Ya Rabbal Alamin.
*camner lah nasib aku masa da tua nanti kan? tah sempat tua ke tak agaknya. macam2 penyakit yg ada dalam badan aku nih... redha...
Comments
Post a Comment