The hardest way of earning a living
Jujur aku mengaku masa zaman kanak-kanak dulu aku malu kalau orang tau mak dan arwah ayah aku buta huruf. tak pandai membaca dan menulis (arwah ayah aku boleh membaca n menulis sikit2 sbb sekolah hanya darjah 1 sahaja). tapi bila aku da meningkat remaja dan dah boleh berfikir secara rasional, aku rasa bangga dengan parents aku sbb dah berjaya besarkan 8 orang anak-anaknya dengan cemerlang sekali. family aku bukanlah dari berlatarbelakangkan keluarga yang senang. kesusahan yang kitaorg tempuhi nih berbeza mengikut zaman. bukan senang nak kecapi apa yang kitaorg ada sekarang. sbb itulah tajuk post aku 'The hardest way of earning a living'.
Ayah aku hanya seorang pemandu lori. berkahwin dgn emak aku yang masa tuh baru umur 15 tahun. masa diorg kahwin Tanah Melayu baru jer merdeka. Disember 1957 atas pilihan keluarga. lepas jer kahwin ayah aku bawak mak aku ke bandar JB. ayah aku mmg duduk kat bandar JB. duduk kat bandar n kampung mmg berbeza. kalau susah duduk kampung boleh tanam2 sayur or ubi or pisang n ikan plak boleh dpt mengail kat sungai or laut. ayam plak boleh diternak. tapi bila duduk di bandar, menyewa pulak tuh mmg kesusahan tuh lain dari duduk kampung. macam tuh lah mak n arwah ayah aku bergelut nak mulakan kehidupan. berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah. mencari sewa yang murah. macam-macam kerja yg mak aku buat nak tolong arwah ayah aku. arwah ayah aku cuma dapat gaji RM20 seminggu. mak aku pulak amik upah basuh baju kat rumah orang. ada rumah melayu n ada jugak rumah cina, jual kuih, amik tempahan baju kurung n macam2 lagi lah. semata2 nak membantu arwah ayah aku. arwah ayah aku plak bila time hujung minggu mcm2 part time kerja yg dibuat. ada jual minyak masak dari satu rumah ke satu rumah, jual air botol bila time cuti2 mcm birthday sultan ke n macam2 lagi.
tapi kesusahan tuh tak pernah melemahkan semangat mak dan ayah aku. walau susah mana pun anak2 mesti disekolahkan. diorg tak nak anak2 jadi mcm diorg. hanya pelajaran jer yang dapat mengeluarkan keluarga kitaorg dari kemiskinan. mak aku cerita masa zaman abg2 n akak2, walaupun dia buta huruf tapi dia tetap cek kerja sekolah anak2 dia. caranya dia tgk kalau ada pangkah2 or ada warna merah dalam report book. zaman 60an - 70an dulu kalau susah mmg susah. mak aku pernah cerita, org sebelah rumah buat kenduri kahwin tak jemput family aku sebabnya family aku miskin. abg2 n akak2 aku tgk org makan tapi tak dipanggil pun. sedih kan? tapi tuhlah hakikat n realiti orang dulu. nak makan ayam or daging bukan senang. setahun sekali baru dapat. agaknya itu kot yang memberi semangat pada adik beradik aku untuk berjaya.
bila aku lahir family aku da senang sikit. sbb abg2 n akak2 aku ada yg da habis sekolah n ada yg da lanjutkan pelajaran kat maktab n itm. ada gak yang dah kerja tolong adik2 dia yg masih belajar lagi. mungkin aku tak merasa kesusahan yang dialami oleh parents aku n separuh adik beradik aku yang lain (kami dilahirkan dalam zaman yang berbeza) mungkin aku cukup makan tak macam akak2 n abg2 aku yg kurus kering (kalau tgk gambar sorg akak aku dulu rasanya mcm mayat hidup jer sbb sgt kurus!) tapi kitaorg susah dari jenis yang lain pulak. tuh aku cerita kat post akan datang.
bukan senang nak dapat apa yang adik beradik aku kecapi sekarang. tapi aku agak terkilan sbb arwah ayah aku tak dpt tgk n rasa tuh semua skrg. arwah ayah aku terpaksa kerja nak besarkan anak2 dia hingga saat2 terakhir dia. arwah ayah aku tak ada tinggalkan harta benda untuk kami adik beradik. dia cuma tinggalkan ilmu. ilmu dunia dan akhirat yang dia bagi kat kami adik beradik.
Kemiskinan tuh bukan penghalang untuk berjaya. zaman sekarang lagi senang. macam2 bantuan yang boleh kita dapat. orang ramai pun da makin ada kesedaran bukan pandang hina mcm org zaman dulu. hanya pelajaran jer yg dapat keluarkan kita dari kemiskinan. jangan putus asa. mak dan arwah ayah aku adalah contoh terbaik. berkat doa, kesabaran dan usaha diorg akhirnya melahirkan 8 orang anak2 yang sgt cemerlang. Terima kasih mak, terima kasih bak...

Comments
Post a Comment