Resepi: Honey Mustard Baked Chicken/Ayam Bakar Madu Sos Biji Sawi



Harituh baca paper The Sun ada plak resepi Honey Mustard Baked Chicken nih kan. Plak tuh siap dengan gambar sekali. Mana tak aku terliur. So apa lagi hari sabtu aku try lah masak. Sebelum tuh pagi-pagi lagi lepas Aeon bukak jer aku terus lari pegi sana cari bahan-bahan. So kat sini aku share resepinya:-

Bahan-bahan
2 whole, large chicken thighs with skins (lebih kurang 1 kg)
1 tsp garam
1/2 tsp lada sulah
1/2 tsp serbuk bawang putih (kalau susah nak cari pakai jer bawang putih)
1 tbs minyak zaitun
3 tbs sos mustard
3 tbs madu
1 tbs daun pasli yang telah dicincang (or apa-apa fresh herbs)

Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan potong bahagian ayam antara thighs ngan drumstick tuh.
2. Gaulkan ayam dengan minyak zaitun, garam, lada sulah dan serbuk bawang putih.


3. Panaskan oven dalam 180 darjah.
5. Campurkan Sos Mustard, madu dan daun pasli dalam mangkuk.


6. Letakkan ayam yang dah diperap (2) dalam dulang pembakar dan masukkan dalam oven kat tingkat yang paling bawah sekali dan bakar dalam 30 minit.


7. Lepas 30 minit keluarkan ayam dari oven dan tuangkan/sapukan campuran mustard (5) kat atas ayam tuh.


8. Masukkan semula ayam dalam oven dan bakar dalam 15-20 minit lagi.
9. Keluarkan dari oven dan hidangkan!

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji