Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kamu...

BUNUH: MAHKAMAH KEKALKAN SABITAN, HUKUMAN MATI PASANGAN KEKASIH

Putrajaya, 7 Nov - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita dan teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Juliana Md Fuzi, enam tahun lepas.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara menolak rayuan terakhir Noralina Ahmad Dasuki, 26 dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 31, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Julai 2009, Noralina, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam, dan Muhammad Khairul, bekas pekerja Astro, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pasangan itu didakwa membunuh Juliana, 20, di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini antara pukul 10 malam 23 Mac 2007, dan pukul 8 malam hari berikutnya.

"Kami sebulat suara mendapati bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyokong sabitan mereka," kata Arifin yang bersidang bersama-sama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Hasan Lah, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
dan Datuk Ramly Ali.

Pada 30 April 2012, Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka. Dalam kejadian itu, Juliana yang merupakan pelajar tahun tiga Diploma Pengurusan Perniagaan kolej berkenaan ditemui mati dijerut menggunakan wayar.

Noralina diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo manakala Muhammad Khairul oleh peguam Geethan Ram Vincent.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor bertindak untuk pihak pendakwaan. - BERNAMA



Tadi petang bukak Facebook nampak berita nih kat Facebook Berita Harian & Polis Diraja Malaysia.
Yess, both of u memang deserved hukuman nih.
Sangat2 kejam ngan apa yang telah dua orang mangkuk hayun nih buat pada Arwah Juliana Md Fuzi
Sadiss sangat. Kalau nak tau kisah nih boleh google nama Arwah.
Banyak blog ada tulis kisah pembunuhan nih.

Al-Fatihah semoga roh Arwah Juliana Md Fuzi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnn


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah