Terima kasih

Walaupun Baby Mya tak keluar daripada perut aku, tapi sikit sebanyak aku dapat rasa macam mana jadi seorang ibu. Terima kasih bagi pengalaman yang aku mungkin tak dapat lalui.

Dapatlah jugak merasa pengalaman jadi seorang ibu.  

Baby Mya ni baru nak masuk 4 bulan. Haritu bawak pegi klinik untuk check-up, tetiba dia nak susu, aku bagi lah botol susu, dah orang tengok aku semacam.

Jangan lah camni. Susu sapa yang kitaorg nak bagi. Kena lah fikir orang dapat anak dalam 'bermacam-macam cara'. So memang tak sama.

Alhamdulilah, Baby Mya tak susah nak sesuaikan dengan susu. Susu yang di cuba kali pertama terus serasi. Dia poo poo pun elok jer.

Frisolac Step 1

Tapi banyak tempat lah kitaorg cari untuk best deal susu ni. Kat UO Angsana RM93.00 (900gm). Kedai ubat pulak RM64.00 (600gm-refill). Kat Aeon RM90++ gak. 

Beli jauh-jauh rupanya ada yang lagi murah. Dekat aje pulak tuh 1.5 km jer dari rumah. RM88.00 (900gm-tin). So pada siapa-siapa yang cari susu or diapers yang murah boleh lah pegi ke Sri Tanjung, kedai ubat orang melayu kita. Cawangan terbaru kat Taman Teratai Johor Bahru.

Patutlah member aku dok ckp Sri Tanjung tuh best. Rupa-rupanya memang best pun. So sesiapa yang berdekatan boleh lah singgah ke kedai ubat Sri Tanjung.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji