Skip to main content

Email

Haritu aku buat clean up sikit mailbox email2 aku. Especially email yang ada connection dengan Facebook. So memang banyak ler notification daripada Facebook n sangat semak. 

Aku jarang bukak email yang associate ngan Facebook ni cos bukan email rasmi aku pun. Aku memang tak guna email yang ada associate ngan social network nih untuk apa-apa urusan rasmi. Satu benda nak kena ingat jangan guna email yang ada connection ngan facebook ke twitter ke or apa-apa social platform untuk mohon kerja or urusan rasmi. Karang bakal majikan boleh google plak kan. 

Email yg associate ngan Facebook ni adalah salah satu email paling lama yang aku ada. Aku open account nih awal tahun 2001 lepas account email kedua aku open since kenal internet kena hack. Sayang gila betul sbb account tuh aku register since 1998 tuh. 

Dalam dok clear kan email2 notification dari Facebook tu, tetiba nampak ler folder email lama-lama yang aku simpan. Wow! kenangan betul. Time tuh nak communicate guna email. Kalau orang dulu-dulu guna surat, bila tahun 1997 orang dah start guna email. 

Yahoo tahun 1998
Gambar credit to Google

Masa zaman-zaman tuh dok layan chatting kat website. Ada orang layan chatting kat MIRC. Tapi aku tak berapa minat sangat kat MIRC. Selalu gi kat satu website chat nih. Dulu memang famous kot website chat ni n aku ramai kenal kawan-kawan kat sana n ada yang still berhubungan sampai sekarang.

Dulu akhir tahun 90-an n awal 2000-an handphone kan macam benda yang rare so lepas chatting bagi email address. Masa tuh orang kaya jer pakai henpon. 

Kelakar betul baca email-email tuh. Zaman mengorat dan berkenalan guna email. Masa tuh sakan betul hahaha. Aktif gak aku dalam website chat tuh. Sampai lah tahun 2008 bila aku join facebook. Masa tuh memang gila pulak main game kat Facebook n terus lupa dah ngan website chat tuh.

Bila zaman sekarang nih dengan zaman smart phone, rasanya email dah kurang fungsi. Tak macam akhir 90-an dan 2000-an. Sekarang nih guna whatapps or apa2 apps chatting dalam phone tuh. Kalau dulu sakan dok menaip tanya kabar kat kawan antar guna email.

Sekarang dah lagi senang. Ada whatapps or apps yang sewaktu dengannya. Tapi nak taip Apa khabar pun payah huhuhu heeeeeeee

Tapi jangan tak tau ye zaman surat-menyurat sebelum kedatangan email sudah aku lalui. Lain hari cerita.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.