Skip to main content

Lagu yang melting

Korang ada tak lagu bila dengan rasa mcm melting jer gitu?

Rasa cam terbuai-buai jer bila dengar lagu tu?

Meh nak share antara lagu yang boleh buat perasaan aku cair

Vanessa Williams - The Sweetest Day.
Suka semua lagu Vanessa Williams. Kalau dengar lagu ni aku dok bayang dengar lagu nih time hujan turun or dengar time malas yang senyap sunyi di musim sejuk time salji turun. Hahaha verangan jer tau!

Selena - Dreaming of You
Lagu Mendiang Selena ni best kalau dengar tengah-tengah malam sunyi ditemani dengan bunyi cengkerik. Kalau lagi ni pulak aku dok bayang dengar sambil baring tengok langit tengah malam-malam buta. Hahaha jangan benda lain yang melintas dah lah ye. Lagi satu Selena nih mati kena tembak ngan pengurus fan club dia. Kesian dia baru nak popular kat US ngan album english. Sebelum ni dia memang popular kat Mexico. Penyanyi latin.

Renee Olstead - A Love That Will Last
Aku start dengar lagu nih masa tgk drama Ugly Betty Season 4 final season episode yang akak dia Hilda punya wedding. Lagu nih romantikkkk sangatttt. Heeeee

Edwin McCain - I Could Not Ask For More
Antara lagu paling favorite aku. Dulu aku berangan kalau aku kawin n bakal laki aku nyanyi lagu ni untuk aku masa majlis kahwin aku. Hahaha belangan jer lah aku yer.


Dulu-dulu zaman sekolah, masa tuh belum ada komputer, internet or smartphone ni kerja aku dok dengar radio je. Masa tuh radio malaysia belum ada stesen radio swasta yg famous2 ni. So aku memang time tuh aku dengar radio singapore. 98.7 FM. radio english, Ria 89.7 radio melayu. Bila malam2 senyap sunyi kan? TV pun sampai pukul 12 jer. Kalau malam minggu aku memang tak tidur dengar rancangan radio. Best oooo. Tapi yang tak boleh blah Misteri Jam 12 lah kat radio Ria. Hihihihi. Masih tahun 90-an malam2 lepas pukul 12 malam lah baru best dengar radio. Tapi sekarang ni dgr radio malam-malam buta lagu jer lah takde orang cakap. Yelah kan zaman teknologi. Orang dah beralih arah.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…