Kejap jer

Kejap jer sekolah dah start balik kan? rasanya baru jer budak-budak nih mula cuti. Sebulan lebih rasa macam seminggu jer. Baru jer nak rasa nak pegi kerja jalan clear. Sekarang dah bz balik ler. Time cuti sekolah kalau aku keluar pagi-pagi time hantar mak aku gi Dialysis, memang tak banyak kereta. Traffic light pun kejap jer dah hijau sebab kiri kanan takde kereta (traffic light ada sensor). Tapi sekarang ni kalau keluar pukul 6 pagi dah busy n banyak kereta. Subuh plak dah lambat kat JB 5.49  pagi kot skrg nih. So memang keluar rumah dah pukul 6.10 minit pagi ler.

Aku dok perati kat Malaysia nih kita start hari kita sangat awal kan? Pukul 6 pagi jalan dah start busy. Keluar lewat lepas 6.20 pagi memang confirm jumpa jem cos parents nak antar anak g sekolah. Keluar lepas 7 pagi pun jem lagi lah. Ingatkan keluar lepas 7.30 pagi boleh lega sikit. Tapi nan hado ye tetap jem.
Hari-hari kena ngadap
Area rumah aku nih dulu masa mula-mula duduk sini 10 tahun yang lalu tak berapa nak bz lagi. Keluar rumah 7.30 pagi, 8.15 pagi dah sampai office. Time tuh lagi lah. Aku duduk lagi jauh dari rumah skrg. Kat Taman Pulai Indah nun jauh sana. Masa tuh rumah yg skrg nih duduk lom siap lagi. Flyover Jalan JB - Pontian/Jalan Skudai pun lom ada lagi. Traffic light banyak gila sepanjang jalan JB-Pontian. Still boleh sampai on time. Tapi skrg jalan JB-Pontian yang kiri kanan kelapa sawit n getah dah ganti taman-taman perumahan. Sebab tuh bz.

Haritu g kerja tak bawak kereta cos bwk kereta akak aku hantar servis, balik akak aku amik ajak jalan2 alternatif selain jalan skudai. Aku ckp tak caya jalan mana-mana pun jem lah kak. Makin sesak. Kiranya kalau orang johor yg keje KL konon ckp nak balik keje JB sbb nak lari daripada jalan jem, jangan mimpi lah yer. Abang aku pun dah lari dok Alor Setar dah. Tenang katanya duduk disana.

Tak sabar tunggu exit Bandar Pulai Jaya - Lebuhraya 2nd link siap. Kalau siap, 15 minit boleh sampai opis or balik rumah berbanding sekarang 45 minit - 1 jam. Cuma tak syoknya tol RM3.90 pergi je ye. Kalau pegi balik dah RM7.80. Gilo eh!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah