Alhamdulilah

Minggu pertama dapat kereta.
Laman depan umah yang masih belum ternoda
Model pun dah darjah 5 skrg.
Alhamdulilah, komitment aku selama 9 tahun akhirnya tamat juga Jumaat lepas.

Akhirnya kereta tersebut menjadi hak milik mutlak aku.

Masa ni lah yang aku tunggu-tunggu. Habis bayar kereta.
Dah lama berangan-angan ngan duit yg selalunya bayar kereta tuh.

Moral of the story, lain kali nak beli kereta jgn pinjam lama sangat.
9 tahun tuh lama sangat. Tapi time tuh memang cari yang paling rendah bayar bulan-bulan.

Tapi bila dah abis bayar ni, ada jer anasir-anasir jahat suruh aku tukar kereta.
Baru nak rasa duit balance gaji banyak dalam akaun bank.

Nak beli kereta ni kena ukur baju di badan sendiri.
Bukan main lebur jer.
Bujang lah, takde kotmitment lah, bila lagi nak pakai kereta mahal, bila lagi nak buat belagak.

Apa ke hal lu? kereta nak buat belagak.
Pakai kereta mahal, tapi bulan2 makan maggi pun tak mampu buat apa.
Nak beli kereta nih kena igt. Bukan takat bayar bulan-bulan je.
Servis, maintenance, minyak. Semua kena amik kira.
Makin besar kereta makin mahal semuanya tau?
Kereta besar-besar tuh? Tayar sebiji jer dah berapa.

Actually aku pun tergoda lah gak kan nak feeling bau kereta baru.
Lagi-lagi tengok kereta baru banyak keluar.
Taste aku kereta local jer. Itu jer mampu.

Tapi kan Jumaat sebelum bayar habis kereta tuh, gi servis kereta myvi aku tuh sesambil tuh hajat hati nak tanya kereta ni,

Perodua Bezza. Boleh tahan gak kereta ni. Dalam lingkungan bajet aku.
Pic kredit: Google
Tapi takde orang layan lahhh. Sempoi sangat ke aku ni.
Takpelah aku anggap jer Allah dah takdirkan aku takde sapa layan aku.
Suruh aku simpan duit tuh. Jgn membazir.
Kereta myvi aku pun ok lagi Buat apa membazir kan?

Tapi kereta ni pulak buat hati aku takleh tahan,

Proton Saga baru!
Pic kredit Google
Adehhh.
Tapi kali ni kalau mau tukar mau cari yang auto.
 Penat dah pakai manual kat JB yang jem ni.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah