Skip to main content

Arghhhh stresssss

Cerita 1

Bengang betul sebenarnya. Hari Raya Haji haritu tengah sibuk2 tetiba lady bos aku call minta tolong cek kan sesuatu kat dalam internet. So aku beria lah bukak laptop aku sambil tunggu on tu aku g toilet dulu. Bila keluar toilet pun tengok laptop aku blank jer kaler grey. Arggh sudah. Restart balik pun sama. Nak tak nak try lah bukak daripada iPad. Alhamdulilah dapat ler cek apa yang bos aku hajatkan tuh. Tanya ngan anak saudara aku, dia ckp kemungkinan besar motherboard rosak. Masuk ni dah 2x motherboard rosak. Tahun 2014 RM300 kot terbang. Ini rosak lagi. So diorag suggest takyah lah betulkan, cari jer baru. Lagipun laptop tuh dah 7 tahun usianya. Tapi paling murah pun RM1K lebih gak kan. Adehhh sakit poket aku. Laptop tak penting sbb iPad leh ganti sementara. Ni pun pinjam laptop akak aku.

Cerita 2

Time hari raya haji gak. Masa sibuk-sibuk nak prepare birthday kek si baby Mya tuh, tetiba abg-abg aku yang merokok kat luar tuh dok sibuk panggil aku. Ingatkan nak tanya apa rupanya nak tanya kereta apa yang keluar sebelum Perodua Bezza. Axia lah kan? Lepas bagitau sibuk pulak diorg suruh aku tukar kereta Myvi aku tu ke Axia or Alza or Bezza. Baru jer nak rasa hutang kereta habis tetiba suruh tukar kereta baru. So banyak ler hujahan diorg suruh tukar kereta sebab maintenance rendah n lagipun kereta aku da 9 tahun usianya. Masuk umah akak2 aku pulak pun kepala sama suruh tukar gak. Bila dah camtuh sapa tak terliur kan. Hajat kat hati nak buat loan 3 tahun jer. Takpelah perit kejap nak membayarnya, yang penting kejap habis. Sebab lagi perit buat loan sampai 9 tahun. Jenuh ok. Tapi bila fikir balik plus ngan bisikan halus daripada mak aku, rasanya tak payah lah membazir duit. kereta pun elok lagi. Millage aku pun baru 150k untuk kereta yang berusia 9 tahun. Tapi tuh lah kan. Sembang nak tukar kereta depan kereta aku. So smlm ptg balik kerja aircond dah kejap panas n kejap sejuk. Sah merajuk! Tahun 2014 aircond aku rosak gak sebelum aku gi Shanghai. RM800 kopak ganti compressor second hand. Aircond penting aku tak kisah panas tapi aku kisah bila time hujan. Pernah bawak kereta takde aircond pastu hujan? Adehhh terbang lagi duit aku.

* * * * * * * * * *

Hajat kat hati nak settle habis loan kereta aku. Tinggal RM1500 jer. Tapi memacam plak yang datang. Kereta lagi nak servis dah sampai masa. Adoiiii

Nasib baik lah aku ada menabung awal tahun harituh. 
Nak tak nak kena lah pakai duit tuh.
Adoiii melepas iPhone 7 yang takde headphone jack tuh!

pic kredit to Goggle

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…