Wishlist 3.0

Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dah ada. Dah ada kereta nak ganti kereta baru. Jenama n jenis yang sama pulak tuh. Tapi bila fikir, darab, tolak, bahagi dan campur rasanya tak kot. Aku pakai jer kereta yg sekarang aku pakai. Atleast kurang satu hutang aku. Bila disimpan duit bayar duit kereta bulan2 tuh lumayan jugak hihihi. 

Tapi kan tak semena-mena aku teringin benda lain plak heeeeeee

Nak iPhone 6 Plus!

Mula-mula aku tak teringin sangat pun nak tukar henpon baru sebab henpon aku pakai sekarang pun dah ok lagipun aku dok kira-kira tunggu iPhone 10 Plus keluar baru nak beli. Tapi bila aku kansel nak tukar kereta tuh terus tetiba rasa macam nak tukar henpon plak. Lagipun henpon bukan ada bayar bulan2 sampai tujuh tahun macam kereta tu.

Tgh bayangkan henpon nih kat tangan aku tapi cuma tangan
orang ni lagi kurus

Kalau jadi beli igt straight nak beli terus dari Apple Store or kedai barang Apple nama Machine. Takmo beli yg ada kontrak ngan mana-mana company telco. Nampak jer dalam plan ckp bayar murah. Actually sama jer bayarnya macam beli yg takde kontrak. Cuma dapat offer plan telefon best lah mcm internet 4GB ke bergantung kepada plan yg kita amik. Lagipun plan yg aku pakai skrg pun dah cantikkk.

Kalau tolak henpon lama aku nih boleh tolak 1/3 dari harga henpon 6 plus nih. Camner ni? Cadangnya henpon lama nak buat mcm 'ipod' gitu. heeee

Berangan lah aku. Lebih baik simpan duit lagi bagus kannn dari membazir beli benda tak berfaedah!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji