Skip to main content

Ada cam pelik tak?

New wishlist?

Myvi dah keluar model baru. Ini generasi yang ketiga kot? takpun yang keempat. Tadi tgh tgk tv keluar lah iklan myvi baru nih. So akak aku pun bagi cadangan aku tukar kereta myvi baru nih. Sebab kereta aku pakai skrg nih kereta manual. Antara alasan akak aku kaki aku tak penat skrg kan jem jer pastu aku dok ngomel jem, jem, jem, sakit kaki, sakit kaki jer kan. Lebih baik aku tolak kereta lama amik myvi baru nih. Lagi satu dia ckp boleh lah pinjam kereta aku takpun tukar-tukar kereta ngan dia. Tapi masalahnya aku rasa cam pelik jer kalau tukar kereta baru cos kereta sekarang yg aku pakai ni model yang nih:-

-
--
---
----

Gambar lama. Baru 2 hari dpt kereta kot.
 Rumah aku pun masih anak dara lagi.  Belum ternoda

Myvi jugak! tapi generasi pertama. Baru jer rasa nak seronok hilang satu beban hutang. Takkan nak tambah hutang lagi kottt. Haishhhh akak aku punya suggestion buat semua tulang2 aku bergetar ler (apa kena mengena?) hahahaha. Lagipun macam pelik jer dari Myvi tukar ke Myvi gak kan? Haritu dok kira-kira nak tukar Iriz bila tgk kat jalan errrr tak berkenan plak ngan Iriz. Lagipun aku masih setia dgn Perodua huhuhu. 

Apa-apa pun fikir baik-baik. 
Tunggu next service baru mulut gatal sikit nak tanya ngan dealer kereta.

Comments

  1. best juga tu kalau dapat guna keta auto kan..sangat berguna saat jammed..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh. jalan pun skrg dah makin jem. kereta manual dah kurang sesuai huhuh

      Delete
  2. Myvi baru ni nampak cute sangat kan...dah terkompius kalau tengok axia..cam lebih kurang je depannya cuma axia kecil sikit..
    myvi tukar ke myvi..memang pelik..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mula2 igtkan kereta axia rupa-rupanya myvi. tgk interior kereta nih lawa. suka design dia banyak tempat letak air hehehe. tapi tuh ler nampak pelik myvi ke myvi

      Delete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.