Sambungan daripada
Part 10
|
Akak gue tunggu anak saudara gue beli kopi |
Hari ke-enam merangkap hari terakhir ke Shanghai. Fuhh sampai juga hari nak balik. Actually dah tak sabar nak balik, rindu benor ngan omak den yang eden tinggalkan kek JB tuh. Bukan itu sahaja, rindu nak makan nasi lomak, rindu nak makan nasi kerabu, rindu nak makan nasi goreng mak aku ekekeke. Hari terakhir kat Shanghai nih jalan kemana-mana pun. Sebagai ketua rombongan aku kena memastikan bag-bag yang nak dibawa balik nih kena menepati had timbangan yang dibenarkan tak. Kalau dah terlebih nak tak nak kena lah beli bag lebih kat website airasia. Bila dah kira-kira memang kena beli pun untuk flight dari Shanghai ke Kuala Lumpur & Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
|
Sejuk2 pun makan frozen yogurt |
Akak aku n anak saudara aku diorg pagi2 dah keluar jalan kaki pegi Careffour cari ole-ole macam Chinese Tea kat situ. Diorg nih kat Shanghai boleh lah jalan kaki. Walaupun jauh 500 meter pun ada tapi sebab cuaca sejuk sedaplah jalan kan. Cer cuaca panas ngan matahari tegak atas kepala. Ekekekeke. Aku plak dok kat rumah kena masak. Aku masak senang jer. Masak Spaghetti Bolognese yg dah dibawa 4 tin dari Malayasia. Hehehe. Tinggal tambah daging cincang jer. Kebetulan hari Jumaat abg aku plak gi solat Jumaat. Dia balik pulak bawak dumpling dari Masjid. Kalau time solat jumaat kat area masjid lepas solat jumaat macam pasar malam ye sebab ada jual pelbagai makanan. Tapi pasar tengahari ler bukan malam. Dumpling tuh sedap gila. Dumpling daging kambing. Tah berapa ketul aku makan. Abang aku siap beli berbungkus-bungkus. Anak saudara aku sejuk-sejuk beli frozen yogurt plak. Tapi aku bantai jer. Sedap.
|
Bye Shanghai. Ada rezeki datang lagi tapi dtg ngan future laki plak
(wakakaka tak boleh blah punya wishlist) |
|
Tunggu transport dtg kat lobi apartment abg aku. |
Lepas Maghrib tuh siap-siap sebab lepas Isya kitaorg dah nak bertolak dah ke airport (
Isya pukul 7.30 malam) Lepas jer solat isya semua dah siap-siap dah nak balik. Doorman pun dah datang amik bag-bag kitaorg yang banyak tuh bawak turun bawah. Masa nih sedih plak nak tinggalkan Shanghai. Walaupun happy nak balik Malaysia tapi sedih sebab tinggalkan family abang aku yang tinggal kat sana. Tepat jam 8.30 malam kitaorg tinggalkan apartment abang aku menuju ke Pudong International Airport yang terletak 45 minit perjalanan daripada apartment abang aku.
|
Kabus tebal |
|
lagi teruk daripada Malaysia |
|
Pudong International Airport |
Bila dah keluar jer dari kawasan apartment abang aku menuju ke airport, dari jauh dah nampak putih-putih. Ahhh sudah jerebu tebal telah melanda Shanghai!. Tebal gila ok. Kat Malaysia ok lagi. Kat Shanghai tak nampak langsung. Masa tuh seram gila lalu highway dengan jerebu tebal. Nasib baik driver van tuh bawak slow jer tak bawak laju2 takut tetiba ada kereta berhenti kat depan. Tapi banyak kereta berhenti tepi-tepi jalan (
itu pun tau kereta sbb nampak lampu jer) sebab takut kot nak bawak kereta dalam jerebu tebal. Masa on the way tuh Simon call diaorg dah sampai airport (
dia bawak 3 org anak saudara aku dalam kenderaan yang lain) n dia ckp flight maybe tunda sebab jerebu teruk sangat. Tak boleh fly katanya. Maybe esok pagi baru fly. Alahaiiii masa tuh terus lemah smgt sebab aku dah tak sabar nak balik n dah tentu kitaorg miss flight balik JB n tiket bas yang dibeli sebagai backup juga akan terburn juga sbb tak sempat.
|
Kat sana tak main A4 paper print sendiri. Tak laku rupanya. |
|
menunggu di Gate D77 |
Sampai jer kat airport terus masuk dalam tengok simon n anak-anak saudara aku yg datang awal dah beratur kat kaunter check-in. Tak nampak macam tanda-tanda flight nak delay jer. Kat board pun tak tulis mana-mana flight yang delay. Aku dah check-in siap2 kat JB haritu tapi tak pakai pun A4 paper yg kita print tuh. Tak macam kat LCCT A4 paper sekeping tuh yg kita pakai sbg boarding pass kita. Kat sini dia cetak yang baru mcm kat atas. Kira kat airport nih terasa kita naik tambang murah masa dah naik kapal jer sebab sempit n makan kena beli eekekekeekkek. Tapi skrg dah ada KLIA2 kan tak payah naik tangga kapal lagi. Lepas check-in semer baru pukul 10 n flight kitaorg pukul 1.35 pagi. So lepak dulu kat Burger King minum kopi jer sbb yang lain tak halal. Dalam pukul 11 gitu pegi departure hall. Lepas salam-salam n peluk2 ngan akak ipar aku, kitaorg mengucapkan goodbye kat abang n akak ipar aku. Masuk jer departure hall tuh tak perasan ada scanner badan rupanya. Sekali anak saudara aku yg kurus tinggi kena tahan. Dah lah tak faham apa diaorg ckp lepas dah tanya banyak kali baru paham rupanya suhu badan anak saudara aku tinggi. Dia demam. Abih lah tak boleh balik ke budak nih. Terus aku call abg aku mintak dia tunggu kejap takut-takut anak saudara aku tak boleh fly. Lepas team perubatan airport tuh datang amik suhu n catit sesuatu terus dia bagi kebenaran boleh fly. Fuhhh alhamdulilah. Lega. Terus budak tuh kena marah sebab demam tak ckp. Ekekeke kesian betul.
|
Nasi Lemak AirAsiaX |
|
Sakan budak nih tidur |
Pemeriksaan nak security diorg agak ketat gak. Alhamdulilah kitaorg lepas tanpa ada apa2 sekatan. Cari pintu gate nasib baik tak berapa jauh sangat n tunggu. Tapi flight aku delay gak sebab flight aku naik nih baru sampai dari Malaysia. Diorg pun delay sebab kabus. So memang lambat ler. Pastu tunggu isi minyak lagi plus tunggu giliran untuk fly sbb kabus so semua tuh amik masa. Pukul 2.30 kot baru terbang. Lepas tuh bila dah terbang tuh flight tuh agak seram sikit sampai tangguh nak bagi makan sebab cuaca tak berapa elok. Berayun-ayun kiri ke kanan kapal tuh. Pastu kejap-kejap mcm jatuh kebawah. Macam naik roller coaster. Akak aku dah kecut perut. Dok pejam mata. Kitaorg semua dok zikir jer. Seram ok. Ingat pegi Makassar haritu seram rupanya yg ni lagi seram. Tapi anak-anak saudara aku yang lelaki dok sedap tidur. Tak rasa apa. Lepas 2 jam pertama dah tak rasa apa-apa dah. Cuaca dah elok. Baru diorg boleh serve makan. Tapi akak aku dah tak selera nak makan. Jadi aku yg bedal makanan dia.
|
Dah nak sampai. Kat langit Malaysia kot. Pagi sabtu di Malaysia |
Flight ni kalau tak delay pukul 6.50 pagi boleh sampai, tapi sebab delay pukul 7.45 baru sampai maka aku dah terlepas flight 8.45 pagi LCCT-Senai. Apa-apa pun sampai gak kat Malaysia tanahair tercinta. Masa nak turun tuh part yang paling aku suka kalau fly dari luar negara (
tapi naik Mas or Air Asia jerlah) dia announce "
To all Malaysian Welcome Home". Serious masa jejak jer kaki kat pesawat AirAsia tuh rasa kita dah jejak kaki kat negara sendiri rasa macam satu perasaan yang lain walaupun kapal terbang tuh masih ada lagi kat bumi Shanghai. Oleh kerana flight ke JB dah terlepas n malas tunggu flight pukul 2 tghari kat LCCT yang sesak tuh, kitaorg naik bas ler balik ke JB dengan tiket emergency yg aku dah beli awal-awal. Masa tuh ada F1 kat sepang so jalan sana-sini sesak. Dah lah driver bas hampeh akhirnya sampai gak ke JB pukul 3 petang (
ishh kalau naik kapal terbang kul 2 ptg silap2 sampai dulu kot!). Akak aku siap singgah ke KFC sebab dah ketagih nak makan KFC katanya hahaha. Happy mak aku sebab aku dah balik. Seminggu aku tinggalkan dia.
Maka berakhirlah episode perjalanan aku ke Shanghai dan berakhir juga episode abang aku n family di Shanghai sebab diorg dah back for good last week. Diorg dijadualkan balik hujung tahun nih tapi kena balik awal sebab kalau balik hujung tahun ni akak ipar aku tak boleh fly sbb time tuh dah sarat sgt nak tunggu masa bersalin (
yeay! aku nak dpt anak saudara baru!).
Oleh itu sebagai penghargaan kepada yang baca blog aku nih, aku nak buat giveway kat blog aku yg tak ramai followers nih. Caranya:-
Tiga (3) orang pertama yg komen entry nih akan dpt fridge magnet & key chain dari Shanghai.
Tak kisah lah follow ke tak follow ke blog aku or tahun depan ke baru org komen entry aku tetap aku bagi hadiah tuh walaupun 3 org pertama tuh komen blog aku tahun depan. Takde time limit giveaway aku nih.
Ok, Catatan Perjalanan nih akan direhatkan lama kot. Sebab next year takde trip pegi mana2. Tapi maybe nak buat road trip plak. Pusing satu semenanjung Malaysia.
wahh seronok baca blog awak ni..orang JB yek? Jb kat mana yek?
ReplyDeletesaya dah kali ke 2 ke shanghai..tapi x jumpa lak cadar patchwork tu......ingat nak kesana 18 dis ni....
Alhamdulilah. Akhirnya ada gak yang sudi komen di entry nih. Saya nak beri hadiah key chain & Fridge magnet seperti yang dijanjikan. Tinggalkan di ruangan komen. Dont worry saya tak published.
Deleteterima kasih
Seronok wana baca pengalaman percutian awak..best dapat tengok tempat orang..frozen yogurt tu mesti best rasanya kan :)
ReplyDeleteHai Wana! terima kasih sebab komen dientry ini. Saya nak beri hadiah key chain & fridge magnet seperti yang dijanjikan. Tinggalkan nama, address & no. tel di ruangan komen. Dont worry saya tak published.
Deletehai awanungu...saya baru jer search2 blog terbaca blog ni... org jb ya... best nyer cuti2 keluar negara ya... leh x bg info pasal ke shanghai lg..
ReplyDeleteHai Julieya! terima kasih sebab komen dientry ini. Saya nak beri hadiah key chain & fridge magnet seperti yang dijanjikan. Tinggalkan nama, address & no. tel di awanungublogspot@gmail.com
DeleteSalam.....nice holiday... sy baru jer baca blog ni... org jb ya? leh tak nanti info kan lg mengenai percutian ke sana..
ReplyDeleteSalam. ya saya orang JB. info lagi boleh baca entry2 saya sebelum nih
Deletehehehe.. seronok kan.. tapi CT lebih suka ke hangzhou..
ReplyDeletejom kita pegi lagi weeee ~
seronok sgt. jommm mmg nak repeat lagi trip ke China nih tapi cuma skrg nih dah takut naik kapal terbang hihihi
DeleteSaya nak ke Shanghai minggu depan. Boleh tak berikan nama tempat-tempat yg you pergi tu. Saya baca, tak semua nama tempat ada ditulis. Mntk email kn ke wph7426@yahoo.com
ReplyDeleteTerima kasih.