Resepi - Kuey Teow Goreng

adoii tetiba lapar plak
Resepi yg aku nak share kali nih simple jer. tak susah nak masak n bahan2 nya pun sonang ajo. resepi nih diadaptasi kan daripada char kuey teow yg kitaorg beli selalu. so teringin ler nak buek sendiri kan. so eksperimen lepas eksperimen yg kitaorg buat maka tadaaaaa jadilah kuey teow goreng versi sendiri! 

bahan-bahanya utk hidangan sorg: dua ulas bawang putih yg didadu,
2 sudu sos tiram, kicap masin, kicap manis, kicap pekat n kicap cair
dibancuh dalam air.
bahan rencah plak ikut suka. kalau nak letak udang, sotong, crab stick ke or kerang pun boleh. sayur pun ikut ske. tapi dinasihat kan letak taugeh untuk menambahkan baunya. baru ada feeling mcm makan char kuew teow. tapi aku tak ske taugeh. lagi satu kalau nak sedap masak satu2. maksudnya kalau ada 2 org nak makan better masak asing2. kalau masak bnyk2 takut rasanya lari hehehe. lagi satu jgn lupa kuew teow nya. kalau boleh beli yg halus sikit.

mula2 tumis dulu bawang putih
masukkan bahan rencah yg disukai
masukkan campuran kicap tadi
masukkan kuew teow n gaul sampai rata
masukkan telur sebiji. dalam kes kat atas nih telur nih telur kembar
gaul sampai rata
tadaaaa. yg nih kuew teow versi kerang hehhe
amacam? selamat mencuba!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat