3rd Trip ke Universal Studio Singapore

sesak nafas tgk org ramai sgt
Aikk aku nih tak bosan2 ke pegi USS? actually bosan lah gak. tapi memandangkan trip kali nih aku tak payah naik bas so aku pun dengan bebesar hati join lah (bebesar hati sebelum aku jatuh sakit yer). Nasib baik aku tak ikut akak aku n family g USS last year. kalau tak jadi 4th trip lah agaknya yer. Trip kali nih aku ikut abg aku n family serta akak aku n ayip n anak saudara aku, apis. Memandangkan tuan punya exora mengamanahkan kat kitaorg menjaga keretanya sementara dia berada di Shanghai so apa lagi buat trip ke USS lah masa cuti ganti Maulidur Rasul haritu.

kapal terbang tuh masih teguh berada kat situ
Actually masa aku pegi USS nih aku tak berapa sihat. tapi memandangkan aku da bayar RM165 utk tiket so rasa membazir plak kalau tak pegi kan. so dengan tak sihat2 tuh aku gagahkan diri lah gak utk pegi. kali nih ramai sikit yg pegi. 8 org n abg aku drive sendiri. actually tak berapa susah nak cari USS nih kalau drive sendiri. lebih dekat kalau lalu second link - tuas. mula2 plan nak parking kereta kat Vivo City n naik monorel pegi ke USS sbb parking kereta kat Vivo City mcm lagi murah. tapi memandangkan aku tak berapa sihat so abg aku parking jer lah kat USS tuh. 

ayip, mira n sis in law aku
sampai jer USS kat parking tuh aku dah nampak berderet jer kereta plat malaysia. n plat kereta tuh bukan setakat J jer tapi W, B, C, P, M kiranya semua negeri kat malaysia nih ada lah. bila naik jer escalator tuh anak saudara aku suruh aku toleh belakang. mak aiii ramainya manusia. 2x aku pegi sebelum nih takde lah orang seramai nih. kali nih mmg ramai sgt. nampak kepala orang jer. time tuh jugak aku da rasa mcm sesak nafas nak pengsan. masuk jer terus cari tempat duduk n tenangkan diri dulu. masa tuh mmg da rasa menyesal aku ikut. lebih baik burn duit aku RM165 dari pengsan kat singapore.

ramai betul manusia
bila aku da cool sikit baru kitaorg jalan proceed ke rides2 yg ada kat USS nih. memandangkan nih trip aku kali ke ketiga so aku tak berapa lah excited nak amik2 gambar nih. yg excited anak2 saudara aku n akak ipar aku yg belum penah pegi lagi. so taman pertama yg kitaorg pegi adalah Madagascar. kat situ ada boat rides yg aku belum naik lagi (masa aku pegi belum bukak lagi) memandangkan aku masih mcm nak pengsan lagi so aku dgn sukarelanya duduk kat luar ngan abg aku jaga anak saudara aku, mira yg tak mau msk sbb takut. lama juga aku menunggu akak, akak ipar n anak2 saudara aku nih. nak dekat 1 jam lebih pun ada.

madagascar!
lepas boat rides tuh pegi plak ke merry-go-round watak2 kartun Madagascar. budak2 suka lah bila kat sini. masa nih aku jadi photographer jer lah yer. lepas dari sini kitaorg pegi plak ke taman Shrek n terus pegi ke Shrek 4D show. nak naik enchanted airways ramai org sgt. waiting minitnya 60 minit so pegi Shrek 4D dulu. keluar dari show nih dah pukul 1 lebih n da terlepas show kat Waterworld. perut pun da lapar so kitaorg pegi mencekik dulu. kat USS nih ada tempat makan yang halal. kena tgk map or depan kedai tuh ada tampal halal tak. n makan kat USS nih sgt lah mahal yer. dinasihatkan menyeludup makanan dari luar. tapi jgn kasi nampak lah ngan org yg jaga gate masuk tuh. kitaorg ada seludup sandwich yg di bawa dari rumah. tapi still nak makan ayam goreng kat Goldilocks. nasib baik abg aku belanja heheh. ayam goreng 8 ketul n satu set chicken stripes harganya S$70.00! mahal ok. kalau convert duit malaysia dapat berpuluh2 ketul ayam KFC.

rasanya tak sesedap masa pegi 2nd trip harituh
lepas jer makan terus pegi ke Jurassic Park utk boat rides. kat sini aku tak msk sbb aku tgk waiting minitnya 2 jam ok. so mmg tak sanggup. anak2 saudara aku tak boleh naik sbb kecik2 lagi. so tinggallah aku n abg aku jaga bebudak nih. yg kelakarnya dari budak2 nih tidur, bgn, tidur balik pastu bgn n dari mendung, panas, mendung n panas n berbatang2 rokok yg abg aku hisap, bermacam2 makanan n minuman yang dibeli tak keluar2 gak akak2 n anak2 saudara aku yg lain. 3 jam gak aku menunggu diorg nak keluar. mmg bosan gila time tuh menunggu org. sampai show waterworld da terlepas lagi. lepas diorg keluar terus pegi ke park Sci Fi. masa tuh da nak dekat pukul 4 lebih. kitaorg nak kejar g Transformer 3D rides. tapi sebelum tuh sempat naik accelerator. alah mcm cawan pusing2 tuh. lepas tuh baru g Transformer 3D rides plak.

antara yg ada masa pusing2 menunggu utk Transfomer 3D rides
Transformer 3D rides mmg sgt awesome! best gila ok! mmg worth it lah tunggu dalam 1 jam ngan pusing2 yg tak sudah2 nak sampai ke tempat rides tuh. mcm real jer padahal kereta tuh cuma gerak2 utk tukar skrin jer. nak2 yg masa part jatuh dari bangunan tuh. wow! mmg sgt besttttt. korg pegi sendiri lah baru tahu mcm mana feelnya. plak tuh aku ngan akak aku duduk depan sekali. mcm betul2 optimus prime tuh depan mata. bila scene meletup kitaorg rasa panas. bila ada air kitaorg pun terpercik air sekali. mmg real lah. best rides ever! nak pegi lagi sekali boleh tak? nak naik transformer rides nih lagi.

60's lah konon
keluar dari Transformer dah nak dekat pukul 5. pastu terus pegi ke Hollywood n msk kat Steven Spilberg punya show. nasib baik waiting minit cuma 15 minit jer. keluar dari situ da pukul 6 so kitaorg pun abiskan masa membeli-belah apa yg patut. aku bawak cuma 42 dollar jer n cuma abis 12 dolar. amazing tak? malas nak beli apa2 cos aku dah abis duit masa 1st n 2nd trip dulu. cuma beli botol air jer. dalam pukul 7 lebih baru keluar dari USS. abg aku plak sibuk cari 7 Eleven nak top up autopass. autopass nih digunakan utk bayar parking, byr ERP n byr msk singapore. kalau korg nak tau ERP tuh apa mcm tol lah. tapi diorg takde pondok tol. dia letak kat atas jalan mcm signboard tuh. nanti ada system yg dpt capture kereta kita bila lalu. kalau kereta malaysia mesti ada auto pass. so bila lalu kena bayar masa nak keluar dari singapore kat imigresen diorg. Kalau Malaysia buat mcm tuh kesian betul ngan org2 yg keje tol. tapi actually dpt mengurangkan kesesakan kat plaza tol.

ok about bajet plak. bila naik kereta nih bajet dia mmg totally lain lah bila naik bas. so kat bawah nih aku list kan bajet bila membawa kenderaan sendiri ke USS yer.

Tiket: RM165 utk dewasa (non peak hours) seorang, RM150 utk kanak2 bawah 12 tahun n free utk kanak2 bawah 4 tahun.

Minyak: ikut kenderaan masing2 n dari mana korg dtg. mcm aku dari jb jer so mmg 1 tank penuh exora cukup utk pergi dan balik.

parking: sekali masuk 6 dollar n every 1 hour 2 dollar. utk kes aku kena 26 dollar

kos erp n msk spore: aku lalu tuas so kena lebih kurang 14 dollar

makanan: bawak sendiri kalau nak jimat. sbb mahal2. tapi make sure jgn kasi nampak org yg jaga pintu msk.

opinion aku kalau dtg ramai2 better bawak kereta sendiri lah tapi kalau 2-3 org better naik bas lagi jimat. kat tune hotel ada bas yg pegi USS hari2. tiket USS pun boleh beli dari situ. n better beli tiket dulu sebelum pegi. lagi satu kalau nak g USS jgn pegi masa cuti panjang. especially cuti panjang malaysia. kalau tak, jadi mcm family aku. tak dpt naik semua rides sbb waiting minit ada yg sampai 3 jam!

Comments

  1. Dear..blh share tak tiket ni beli kt mn? and blh rekemen tak yg provide hotel n transport ke uss sekali or anything yg u blh rekemen? Thankssss

    ReplyDelete
  2. ada byk pakej nak pegi USS dari JB nih. U dari mana? kalau yg nak sekali pakej tiket n transport boleh pakai rajawali bintang travel 07- 2235989, 07- 2212028 & 017- 3477115. i pernah pegi 2x guna company nih. tapi better u beli tiket online sbb lagi murah. boleh refer kat sini http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets n kalau transport nak bas kat tune hotel http://www.tunehotels.com/webres/gb/shuttle-odyssey.html n boleh stay kat Tune hotel sbb senang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih