Pesanan kepada yang berkenaan

Kalau hanya gurauan kecil yang membuatkan 'kamu' benci kepada 'kami' hingga tak mahu bertegur sapa dengan 'kami' takpelah. tapi kamu kena igt hidup ini bukan utk selama2nya. jgn 'kamu' menyesal bila 'kami' tiada dimuka bumi nih lagi terutamanya 'aku' yg rasa2nya tak akan hidup lama.

ye aku tau ajal maut di tangan Allah. bila2 masa jer nyawa kita boleh ditarik. aku hanya ingin ingati kamu hargailah orang sekeliling kamu yang sentiasa mengambil berat tentang kamu. air yang dicincang tak akan putus. 

menjadi terlalu sensitif itu adalah tidak baik untuk diri kamu. umur kamu masih muda n perjalanan kamu masih jauh. apabila kamu menjadi terlalu sensitif kamu sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri. kamu mahu orang menjaga perasaan kamu tetapi ada kamu menjaga perasaan orang lain? kamu tak suka orang bergurau dengan kamu tapi bila kamu bergurau dengan orang lain ada orang lain terasa dengan kamu?

aku tak dapat bayangkan kalau kamu berada ditempat aku. aku rasa tentu kamu tidak akan keluar rumah langsung. kamu tahu? masa aku sekolah aku selalu diejek oleh budak2 lelaki bila naik bas. aku tinggi dan berbadan besar. macam2 gelaran yang mereka berikan pada aku. walaupun aku rasa sgt sedih tapi aku kuatkan semangat. Allhamdulilah bila aku jejakkan kaki kat menara gading, aku tak jumpa org2 mcm beruk2 yg ejek aku masa dalam bas dulu.

cuba lah kamu bersikap terbuka sedikit n buangkan lah sifat buruk suka merajuk kamu itu. kamu igt org suka bila kamu merajuk. kalau dulu aku akan jaga hati kalau orang2 sekeliling aku bila merajuk. tapi sekarang aku dah malas sbb aku da penat jaga hati orang. ada orang jaga hati aku?

dan yang paling penting 'kami' nih lebih tua dari kamu. taraf kami ini sama seperti ibu kamu. dan kamu jgn lupa orang yang telah menjaga kamu dari kamu lahir sampailah kamu sekolah ketika ibu dan bapa kamu keluar mencari rezeki nak besarkan kamu, abg kamu dan adik2 kamu. apa perasaan orang tersebut bila pertanyaannya tidak disambut oleh kamu? kamu hanya membatu kan diri. jika kamu benci dengan kami sekalipun mengapa perlu bermusuh dengan orang lain.

kamu hanya pentingkan diri sendiri sahaja. sila lah berubahlah. satu hari nanti kamu akan berkahwin juga. ada suami n anak. kamu jgn lupa kamu juga akan ada keluarga mentua. tapi jika kamu tak berubah aku tak tahu nak ckp apa.

hormatilah orang yang lebih tua dari kamu. terutamanya ibu bapa kamu sementara mereka masih ada. tak rugi mana pun malah kamu akan dapat ganjaran yang besar, syurga.

sebab aku sayangkan kamu lah aku tegur kamu. jangan menyesal kalau segala2nya sudah terlambat buat kamu...

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih