Selamat berjuang anak-anak saudaraku!

Azwar first day as 1st Grade Student 
Post nih lebih kurang mcm post da basi lah. awal bulan haritu mmg nak post cerita nih. tapi tuhlah aku tak berapa sihat seminggu dua nih kan. so mmg takde mood nak tulih apa2. so bila da sihat sikit boleh lah tulih sikit2. February 1st harituh 2 orang anak saudara aku baru masuk sekolah. baru masuk sekolah?? orang lain da nak dekat sebulan masuk tapi diorg baru nak msk. 1st sekali anak saudara aku, azwar yg skrg kat Shanghai. patutnya dia start darjah 1 tahun nih. tapi oleh kerana dia ikut parents dia pegi Shanghai kena lah dia bersekolah kat sana. sekolah azwar nih ikut sistem pendidikan US n skrg ni dia dalam kelas Grade 1. abgnya pulak Grade 7. gambar kat atas nih aku cilok dari FB abg aku heheh. abg aku ckp dia seronok pegi sekolah. sbb mcm2 dia belajar. n mmg totally diffrentlah kata abg aku. at first dia mmg sukar sikit nak paham apa cikgu dia ckp but now dia da boleh paham sikit2. azwar nak ckp english jer ek ngan cikda yer? hehe ok2 hehe

saya pun baru start sekolah gak!
Sorang lagi plak si Muhammad Ayip. dia start nursery kat satu tadika kat area umah aku. maybe dia masih kecik lagi kot so mmg payah lah nak kejutkan dia pegi sekolah. n bila hari jumaat jer dia da malas nak pegi siap tutup muka ngan bantal takmau gi sekolah. hahah. ayip2x bikin mama, atok n cikda pening kepala jer. ayip nih baru 3 tahun 3 bulan, tak pernah dijaga luar dari rumah dia. so mmg susah lah nak pujuk dia pegi sekolah. aku perasan ayip nih mcm bijak sikit dari segi soal agama. lagu fav dia Insya Allah. Channel fav dia Astro Oasis masa part selawat tuh. cuba suruh dia baca Zikir Taubat Astagfirullah tuh. dia dah hafal zikir tuh. paling dia suka kalau ada cerita pasal Makkah kat tv n lafaz talbiah Labaik Allahuma Labaik. kalau nampak Kaabah sibuk ckp nak naik 'gebang' nak gi sana. surah al-fatihah pun dia boleh sikit2. yg buat aku tersentuh ahad petang haritu aku ckp lah aku sakit nanti bacakan cikda surah yassin yer. dia terus baca ayat pertama n kedua surah yassin tuh. aku ada video ayip masa umur 2 tahun amik surah yassin n baca. untuk first few ayat. tapi video tuh susah nak upload sbb ada org tak tutup aurat.

ayip actually ni sgt 'special'. kena penuhkan ilmu agama kat dia supaya dia tak 'hanyut' bila besar nanti. Insya Allah dik, cikda doakan adik selamat dunia akhirat. masa kat Makkah tuh aku tgk lama gak akak aku doa kat depan kaabah ada satu masa tuh. bila aku tanya dia ckp dia doakan utk ayip. teringin nak tgk sorg anak saudara aku jadi ahli thafiz. insya Allah.

aku doakan semua anak2 saudara (tak kira apa siapa) n cucu2 saudara aku berjaya dunia dan akhirat. terutama utk Syifa & Qilla - SPM n Faizun - UPSR tahun nih. Insya Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih