Sunday, April 29, 2012

Resepi: Kentang Bakar

baked potato

Dah lama tak share resepi kan. kali nih nak share resepi kentang bakar yg family aku selalu buat bila ada bbq. so lepas dah malas nak buat bbq (sbb leceh sgt masa nak membersihkan) kitaorg guna oven jer lah yer. actually kalau tak nak potato nih kering boleh wrap ngan aluminum foil. tapi disebabkan aluminum foil telah habis n malas nak g kedai so aku just baked mcm tuh jer lah. 

Bahan-Bahan:-

Kentang saiz yg besar - kalau boleh beli kentang US Potato tuh tapi mmg mahal ler (ketang direbus sampai empuk)
keju cheddar

bahan inti:-

Daging cincang (kalau 20 biji kentang daging cincang dalam 600 gm)
2 ulas bawang putih n 2 ulas bawang merah - ditumbuk
satu sudu serbuk kari
sedikit daun saderi
garam secukup rasa

panas kan minyak. tumis bawang2 yg ditumbuk. naik bau masukkan
daging cincang. masukkan serbuk kari n garam. masak sampai kering airnya.
lepas kering masukkan daun saderi. sejukkan dulu
kentang yang siap direbus dikorek isinya sampai jadi mcm nih
isi kentang dicampur ngan keju ceddar yg telah diparut
campurkan dgn daging cincang n gaul sampai rata
isi kulit kentang dgn inti yg da siap digaul rata tadi mcm dlm gambar nih
pastu tabur cheese kat atas kentang tadi n bakar dalam 15-20 minit
dalam api yang sederhana

5 comments:

misz sheyla said...

mekasih untuk resepi ni..suka beli kat pasar malam..serius suka gile...tapi macam lain sikit....tapi boleh la untuk try2

Zahier Arbi said...

kalau guna oven ..agak suhu 160 ok?

awanungu said...

dalam 180 gitu lebih kurang 20 minit

areen muax said...

Bakar pakai magic pan boleh

awanungu said...

boleh. magic pan macam2 boleh masak kan. bakar kek pun boleh